Categories: Gaya Hidup

Kalau Nak Bibir Lembut Dan Cerah, Lakukan Skrub Bibir Guna Berus Gigi Ini

Bibir anda sering menggelupas? Hitam dan tak bermaya?

Anda alami masalah di atas? Jangan risau, masalah ini boleh diselesaikan dengan cara yang cukup mudah! Tahukah anda, bibir juga perlu di-skrub? 

Skrub bibir ini berfungsi untuk menyingkirkan sel-sel mati dan menggalakkan pembinaan kolagen pada bibir. Selain itu, ia juga akan menjadikan bibir anda lembut dan lebih muda remaja.

Penulis cadangkan, anda boleh gunakan berus gigi kanak-kanak yang berusnya lebih kecil dan lembut. Ingat, lakukan skrub ini 2 kali seminggu sebelum tidur untuk hasil yang memuaskan. Jom kita semak cara-caranya!

1. Sapukan lip balm serta Vaseline pada berus gigi.

2. Kemudian, gosok pada bibir dengan perlahan dan lembut.

3. Bilas dengan air suam dan lapkan bibir anda dengan tuala.

4. Selain menggunakan Vaseline, anda boleh guna campuran gula serta madu untuk memberus bibir anda.

Mudah sahaja kan? Yang penting perlu rajin amalkan barulah bibir anda lembut, cerah dan mungil!

Selamat mencuba!

Sumber: Jennysue Makeup

tex_admin