Gaya Hidup By: tex_admin April 6, 2018 @ 11:49am

Kolestrol Dalam Badan Tinggi? Guna Bendi Saja Untuk Turunkannya

Adakah anda tahu apa itu kolestrol? Kolestrol adalah sejenis lemak yang dihasilkan pada hati atau usus yang berfungsi untuk menghasilkan hormon dan membentuk membran sel, seterusnya dibawa ke seluruh badan manusia melalui plasma darah. Kalau anda nak tahu, kebanyakan makanan yang mengandungi lemak haiwan mempunyai kolestrol.

Kalau anda gemar makanan seperti keju, kuning telur, daging, ayam dan udang, ia juga antara makanan yang mengandungi kolestrol. Jumlah kolestrol yang tinggi dan berlebihan dalam badan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius terhadap sistem kardiovaskular badan. Jika anda mempunyai kadar kolestrol yang tinggi dalam badan, seeloknya anda perlu mula menjaga dan mengatur pola pemakanan setiap hari.

Melalui perkongsian oleh Erika Khoriawati, suaminya telah mengalami masalah kolestrol yang tinggi dan setelah mengamalkan air rendaman bendi, kolestrolnya menurun. Anda nak tahu caranya bagaimana? Ini resepi untuk anda!

Foto: Mingguan Wanita

Cara Penyediaan:

1. 10  hingga 15 biji kacang bendi yang telah dibasuh dan dipotong

2. Air masak 1 liter

3. Masukkan bendi yang telah dipotong ke dalam botol yang berisi air.

4. Simpan ke dalam peti sejuk. Kemudian anda boleh minum setiap hari.

5. Apabila air telah habis, anda juga boleh menambah air semula sehingga penuh. Ingat ya, air hanya boleh ditambah sebanyak 3 kali sahaja.

6. Jangan bimbang sekiranya anda melihat air rendaman bendi tersebut menjadi likat. Rasanya akan menjadi semakin sedap.

Orang kata mencegah lebih baik daripada mengubati. Pada anda yang kolestrol masih tahap yang normal, anda juga boleh minum air rendaman bendi ini. Barulah kesihatan kita akan terjaga. Selamat mencuba!

Sumber: Erika Khoriawati

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 17 Jul 2019
Acara Thu, 16 May 2019
Gaya Hidup Tue, 8 Oct 2019

6 teknik regangan yoga mudah yang anda boleh amalkan di pejabat

Nak buat di meja kerja pun boleh. Mudah sahaja!

Gaya Hidup Mon, 18 Jun 2018
Featured Sat, 11 Apr 2020
Gaya Hidup Sat, 17 Nov 2018

Dari Moyang Hingga Ke Cicit Semuanya Pilot, Wow Hebatnya Keluarga Ini!

Generasi Bhasin telah bergiat dalam dunia penerbangan hampir 100 tahun.

Acara Mon, 8 Jan 2018

Susah Cari Baju Bila Badan Berbentuk Pear? Ini 7 Tips Untuk Wanita!

Pernah tak bila menyarungkan ‘jeans’ atau seluar panjang, tiba-tiba tersangkut dan sempit di bahagian peha? Namun longgar di bahagian pinggang? Kalau pernah, itu antara tanda bentuk badan yang anda miliki adalah berbentuk pear! Cuba bayangkan […]

Cahaya Mata Wed, 4 Jan 2023

Joget Di TikTok, Netizen Terkejut Tengok Adira Ada 4 Orang Anak

Penyanyi Adira Suhaimi baru sahaja melahirkan anak keempat yang diberi nama Ayub pada 29 September tahun lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Adira Suhaimi Selamat Melahirkan Cahaya Mata Keempat Terbaharu, menerusi perkongsian Adira di laman TikTok, dia berkongsi […]