Categories: Gaya Hidup

Pasangan Warga Emas Ini Menjadi Popular Kerana Gemar Memakai Sedondon. Comel Sangat!

Gemar memakai pakaian sedondon, pasangan warna emas Tsyuyoshi dan Tomi Seki kian popular di Jepun! Mereka yang kerap berkongsikan foto-foto #OOTD dengan pakaian sedondon ternyata berjaya menarik perhatian ramai sehingga mendapat hampir 800 000 ribu pengikut di laman Instagramnya.

Masing-masing berumur 60-an dan telah berkahwin selama 38 tahun itu ternyata memiliki hobi yang sama iaitu suka memakai pakaian yang sedondon. Untuk pengetahuan anda, banyak akhbar dan majalah di Jepun mahupun negara lain turut tertarik dan menulis articles tentang hobi mereka ini dan ternyata ramai pembaca yang menyukainya!

Penulis sendiri pun cukup tertarik dengan penampilan comel pasangan ini! Walaupun mereka posing dengan gaya yang sama dalam setiap foto yang dimuat naik, namun ianya tetap nampak comel dan menarik!

Comel kan? Bukan senang nak dapat pasangan yang sporting nak pakai baju sedondon setiap hari!

Sumber: Instagram

tex_admin