Categories: Gaya Hidup

Pelukis ini menggunakan cawan Starbucks untuk menghasilkan seni kartun menarik!

Apabila anda dikurniakan bakat dan kreativiti, karya seni anda boleh dihasilkan di atas apa jua kanvas.

Bagi pelukis dari Korea Selatan Kim Soo Min, kanvasnya ialah cawan Starbucks!

Beliau menggunakan cawan Starbucks yang biasa, tetapi tidak semestinya menggunakan bahagian yang kosong, sebaliknya beliau menjadikan ikon duyung wanita (Starbucks mermaid), yang sinonim dengan logo jenama rangkaian kedai kopi ini sebagai watak utama bagi lukisannya.

Duyung ini ditampilkan dalam pelbagai situasi berdasarkan idea asal dan juga budaya pop.

Ada kalanya beliau menggunakan muka si duyung sahaja, dan pada masa lain beliau menggunakan rambutnya yang sama ikonik.

Ada juga karya yang memerlukannya untuk menggunakan pisau bagi menebuk lubang supaya wujudnya elemen tiga dimensi.

Apa-apa pun, anda mesti tengok sendiri betapa kreatifnya pelukis ini untuk “memasukkan” watak duyung ini ke dalam latar belakang yang beliau pilih.

Selain itu, Soo Min juga ada melukis watak lain yang cukup popular seperti Freddie Mercury, Totoro, Dr. Strange, The Joker dan juga Thanos!

Foto: Instagram @fseo

Anda boleh semak kesemua lukisannya dalam laman Instagram atau Facebook milik Soo Min.

Di bawah ini Hijab & Heels lampirkan beberapa hasil karyanya yang menarik.

Sumber: Instagram Kim Soo Min

Ad Ops