Gaya Hidup By: Ad Ops August 16, 2019 @ 10:00am

Pernah ditipu secara ‘online?’ Ini apa yang anda perlu buat & cara pencegahan

Bagi anda yang sudah lama menggunakan wadah media sosial atau Internet, pasti anda tahu mengenai pelbagai jenis penipuan atas talian yang sering berlaku.

Perkataan yang selalu digunakan untuk menggambarkan situasi jenayah ini ialah ‘scam.’

Bayangkan situasi ini, anda tiba-tiba mendapat mesej atau emel yang mengatakan anda telah memenangi hadiah yang lumayan. Ataupun, anda dihadiahkan wang berjumlah berjuta-juta ringgit, tanpa sebab yang munasabah.

Ataupun, seseorang yang anda tidak kenali tiba-tiba menawarkan pekerjaan dengan gaji yang lumayan. Ataupun, tiba-tiba anda didatangi seorang jejaka kacak dan kaya yang ingin mengenali diri anda di laman media sosial.

Jika anda melayannya, kebiasaannya ia akan berakhir dengan kehilangan wang. Janji-janji manis tadi langsung tidak kelihatan.

Pernahkah anda mengalami semua ini? Jika anda terpikat dengan tawaran sebegini, hati-hati. Keinginan anda sedang dieksploitasi!

Kes-kes scam ini mula menyerang warga Malaysia beberapa tahun lalu, tetapi malangnya sehingga kini masih ada antara kita yang menjadi mangsa.

Foto: The Economic Times

Tahap kesedaran warga Malaysia masih rendah

Menurut Malaysia Computer Emergency Response Team (MyCERT) di bawah Cyber Security Malaysia (CSM), sejak 2008, dalam banyak jenis jenayah siber, penipuan siber ialah insiden yang paling banyak dilaporkan.

Ini menunjukkan tahap kesedaran terhadap hal ini dalam kalangan pengguna Internet di negara ini masih rendah.

Sebanyak 3,127 kes penipuan siber dilaporkan kepada MyCERT di antara Januari dan Julai tahun ini. Tahun lepas, jumlahnya mencecah 5,123 kes!

Antara kes penipuan siber yang sering dilaporkan melibatkan penipuan dalam urus niaga barangan secara online, penipuan loteri, penipuan pekerjaan, Nigerian scam, love scam dan memancing data (phishing).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif CSM, Datuk Amirudin Abdul Wahab, penjenayah siber rata-ratanya telah dilatih untuk mengendalikan psikologi manusia.

“Mereka sebenarnya mahir dalam memanipulasi orang hingga mangsa ini melakukan sesuatu perkara yang mereka ingini ataupun mendedahkan maklumat sulit,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Foto: CSO

Tip elak daripada menjadi mangsa penipuan

1. Jangan update status yang mengatakan anda sedih kerana kesunyian, ataupun anda tengah atau terdesak untuk mencari pasangan hidup.

2. Fikir dua tiga kali sebelum menerima Friend Request daripada sesiapa yang anda langsung tidak kenal ataupun tidak berapa kenal.

3. Jangan terpedaya dengan sebarang pujuk rayu, pujian atau hadiah yang ditawarkan oleh rakan media sosial.

4. Jika ‘rakan’ anda ini berkata dia berpangkat atau berdarjat tinggi ataupun kaya-raya (apa sahaja yang berbunyi indah), jangan percaya serta-merta.

5. Hentikan sebarang jenis komunikasi yang melibatkan wang, terutamanya jumlah yang banyak.

6. Sebelum membuat pembelian secara online, periksa dulu testimoni terhadap si penjual. Periksa sama ada penjual itu bertauliah dan boleh dipercayai atau tidak.

7. Lakukan transaksi wang tunai jika boleh. Simpan rekod komunikasi anda dengan penjual dan sebarang transaksi kewangan.

8. Elak membeli barang yang memerlukan deposit.

9. Pastikan perkhidmatan pembayaran menawarkan ciri-ciri keselamatan yang mengikut piawaian tempatan dan antarabangsa.

Langkah jika menjadi mangsa

Buat laporan kepada Pusat Bantuan Cyber999, sebuah perkhidmatan awam yang menawarkan respons terhadap kecemasan berkaitan dengan keselamatan komputer.

Semua insiden yang melibatkan jenayah siber boleh dilaporkan dengan cara berikut:

  • Borang
  • Telefon: 1-300-88-2999 atau 019-2665850 (talian bantuan kecemasan 24-jam)
  • Aplikasi mudah alih Cyber999
  • Faks: 03-80087000
  • SMS: CYBER999 REPORT (e-mel)(laporan) ke 15888
  • E-mel: [email protected]
  • Lawat MyCyberSecurity Clinicwww.cybersecurityclinic.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 14 Oct 2018

Bahaya Jika Anda Tertelan Air Kencing Dalam Kolam Renang

Air kolam yang bercampur dengan air kencing mudah diserang bakteria!

Featured Sun, 31 May 2020

Raffia Arshad, hakim wanita berhijab pertama di United Kingdom, hebat!

Inspirasi buat wanita Muslim di seluruh dunia

Gaya Hidup Mon, 24 Sep 2018
Featured Mon, 11 Nov 2019
Gaya Hidup Thu, 8 Nov 2018
Featured Wed, 9 Jan 2019

This is the best day to take leave from work, and no, it’s not Friday

Use this tip if you care enough for your mental health.

Gaya Hidup Tue, 27 Feb 2018

5 Benda Di Rumah Ini Anda Tak Pernah Terfikir Pun Nak Cuci Tapi Sebenarnya Patut!

Bila nak bersihkan rumah, bukan setakat sapu dan mop lantai, atau lap dan susun perabot je tau. Sebenarnya ada beberapa alat atau perkakas rumah yang anda selalu pakai tapi mungkin tak pernah terfikir nak cuci. 

Gaya Hidup Mon, 16 Apr 2018

Ikuti 3 Peraturan Penting Ini Supaya Sarapan Anda Dapat Turunkan Berat Badan

Tak semestinya kalau anda makan sarapan, anda gerenti boleh turunkan berat badan.

Gaya Hidup Sun, 16 Dec 2018

‘Atuk Harimau’ Suka Jaga Badan, Hari-Hari Bersenam!

Tak sakit pinggang ke Atuk jalan begitu?

Gaya Hidup Sun, 15 Apr 2018

Cara Mudah Untuk Buat Kek Pandan Kukus Yang Gebu Gebas, Hanya Guna Alat Pengisar!

Teringin nak makan kek pandan kukus, tapi tak ada alat-alat membuat kek? Jangan risau, kami akan kongsikan resepi kek pandan dengan menggunakan mesin pengisar!

| Live TV