Gaya Hidup By: Yanie Baharom April 21, 2018 @ 12:00pm

Diiktiraf Rumah Paling Mahal, Tabiat Tuan Rumah Ini Berbelanja Sangat Menggerunkan!

Jika anda pernah menjejakkan kaki ke kawasan kediaman Beverly Hills, Los Angeles dan terkesima melihat rumah agam yang membelah kiri dan kanan di puncak bukit itu, percayalah ia tidak sehebat manapun kalau hendak dibandingkan dengan mahligai megah dan mewah, Chateau Louis XIV.

Misteri rumah paling mahal di dunia itu terbongkar apabila ramai pihak cuba menjejakinya sebelum menemuinya di sempadan utara Perancis berdekatan dengan Versailles.

Foto : glam.my

Pernah menjadi antara lokasi pilihan perkahwinan Kim Kardashian West, Chateau istimewa ini turut menawarkan parit yang besar, kelab malam bawah tanah, sebuah ballroom, sebuah labirin, bilik bawah air dengan dinding kaca dan sebuah pawagam khas.

Foto : glam.my

Rumah agam ini mempunyai sejarah yang menarik kerana ia menyerupai rumah agam yang sama daripada abad ke-17. Namun rumah asal itu telah dirobohkan dan dihasilkan semula pada tahun 2011 untuk memodenkan ciri-ciri rumah ini dengan perincian menarik. Malah antara fungsi rumah ini adalah ia boleh dikawal menggunakan iPhone. Harganya? $300 juta tidak termasuk kos aksesori luar dan dalam rumah.

Foto : glam.my

Sejak dibeli pada tahun 2015 dengan harga sebegitu rupa, tiada siapa mengetahui siapakah pemilik bertuah yang berupaya untuk membeli rumah sebegini rupa.

Foto : glam.my

Namun baru-baru ini New York Times telah berjaya membongkar identiti pembeli rumah menakjubkan ini yakni waris kepada takhta Saudi, Putera Mahkota Mohammed bin Salman.

Foto : glam.my

Seorang putera yang dikenali dengan visinya untuk memodenkan negaranya, Putera Mahkota Mohammed juga dikenali dengan tabiat belanjanya yang menggerunkan. Tabiatnya ini juga pernah dikhuatiri ramai.

Foto : glam.my

Antara pembelian tidak masuk akal yang pernah dibuat oleh Putera Mahkota Mohammed adalah sebuah lukisan Leonardo da Vinci’s Salvator Mundi yang dibeli pada harga $450 juta dan sebuah yacht dengan dua kolam renang berharga $500 juta.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Wed, 18 Jul 2018

Bukan Saja Enak Dimakan, Masker Blueberry Bermanfaat Untuk 3 Jenis Perawatan Kulit

Blueberry, adalah sejenis buah-buahan yang punya banyak manfaat untuk kecantikan kerana kandungan antioksidan yang tinggi.

Gaya Hidup Sat, 20 Oct 2018

Lima Tumbuhan Yang Ditanam Dalam Bilik Akan Membuat Tidurmu Terasa Nyaman Dan Lena

Aroma lembut lavender dan mendamaikan boleh menghilangkan stres!

Featured Wed, 5 Sep 2018

5 Kesan Buruk Jika Anda Kerap Tengok Handphone Sebelum Tidur

Telefon bimbit akan mengeluarkan sejenis cahaya biru yang boleh merosakkan mata.

Gaya Hidup Mon, 8 Oct 2018

Lebih 200 Ekor Siput Beraksi Dalam Kejohanan Lumba Siput Sedunia. Comel Sungguh!

Pemenang berpeluang untuk memenangi hadiah semangkuk salad.

Gaya Hidup Thu, 28 Mar 2019

Wanita dari United Kingdom ini tidak boleh merasai kesakitan dan ini sebabnya

Beliau tidak mempunyai kebolehan untuk berasa sakit seperti manusia normal lain.

Featured Tue, 28 May 2019

Prestasi pekerja wanita menurun ketika berada di dalam pejabat yang terlalu sejuk – kajian

Minda mereka terbukti lebih produktif jika suhu pejabat lebih tinggi.

Featured Sun, 16 Jun 2019

Prof Raha mahu UTeM  jadi ‘kilang’ lahir ahli teknologi berkemahiran tinggi

Lakar sejarah sebagai wanita pertama dilantik NC MTUN

Gaya Hidup Tue, 2 Oct 2018
Gaya Hidup Tue, 7 May 2019

8 tanda pasangan anda sebenarnya sedang menipu anda

Kejujuran penting dalam setiap hubungan

Featured Tue, 19 May 2020