Categories: Gaya Hidup

Putera Harry & Meghan Markle Dedah Perkara Paling Tak Syok Tentang Kehidupan Royalty

Dari pandangan orang luar, menjadi salah seorang ahli kerabat diraja Britain memang nampak best.

Anda boleh lepak dengan Ratu Elizabeth; kadangkala anda dibawa ke sana ke mari dalam kereta kuda sambil anda melambai ke orang-orang yang tak sekaya anda; rakyat membayar cukai supaya anda boleh menghadiri acara-acara meriah…

Best!

Tapi bagi cucu Ratu Elizabeth, Putera Harry dan isterinya Meghan Markle, gaya hidup ini ada juga kelemahannya.

Secara khususnya mereka tak gemarkan realiti di mana mereka sentiasa dirakam dan gambar mereka diambil setiap kali mereka menghadiri acara rasmi.

Harry dan Meghan telah mendedahkan perkara ini ketika mereka menhadiri majlis Wellchild Awards yang meraikan kanak-kanak berani di serata UK.

Di situ, mereka sempat duduk dengan seorang budak lelaki bernama Mckenzie Brackley, 4, yang memenangi Anugerah Inspirasi kerana telah berjaya mengharungi masalah Acute Flaccid Paralysis (kelumpuhan).

Foto: Getty/Victoria Jones

Rupa-rupanya budak yang pemalu itu pun tak suka berada di bawah spotlight, jadi mereka bertiga telah bersembang sebentar mengenai perkara ini.

“(Harry dan Meghan) baik betul,” kata ibu Mckenzie, Amy. “Mereka tahu yang Mckenzie tak suka apabila kamera ditujukan ke arahnya.

“Mereka beritahu Mckenzie yang mereka pun sama lalu mereka pusing untuk membelakangkan jurufoto yang ada di situ.”

Pasangan diraja itu juga telah memberitahu Mckenzie yang dia adalah seorang yang hebat; dia patut teruskan perjuangan dan menjaga ibunya.

“Walaupun dia baru berumur 4 tahun, Mckenzie pasti takkan lupakan momen ini,” tambah Amy.

Alahai, sweetlah pula couple ini!

Tapi adakah anda faham perasaan mereka apabila mereka kata yang mereka tak suka spotlight? Ataupun adakah anda rasa yang memandangkan status mereka adalah bertaraf selebriti (atau lebih tinggi daripada itu), mereka patut biasakan diri saja dengan lensa kamera?

Tinggalkan komen ada.

Sumber: Cosmopolitan

Ad Ops