Categories: Gaya Hidup

Rahsia Power Nap

Setiap kali berasa letih atau mengantuk pada waktu tengah hari, pasti ramai yang memilih untuk bergantung pada kafein bagi mengatasi masalah tersebut. Namun, tahukah anda tidur sekejap atau power nap merupakan cara paling berkesan untuk mengecas semula tenaga anda.

Malah, amalan harian ini dikatakan telah dipraktikkan oleh masyarakat di negara-negara Barat serta umat Islam sejak dahulu lagi.

Menurut sleep expert, Sara C. Mednick, PhD, yang juga merupakan pengarang buku Take a Nap! Change Your Life, anda boleh mendapat faedah yang luar biasa jika mengamalkan power nap.

Selain merawat masalah kekurangan tidur, amalan tidur sekejap ini juga telah terbukti keberkesanannya dalam mengekalkan kecergasan dan kecerdasan diri.

Power nap boleh meningkatkan memori serta kreativiti seseorang. Selain itu, tidur selama 20 minit turut membantu untuk seseorang itu kembali fokus dan meningkatkan kemahiran kognitif anda.

Tidur 15 hingga 20 minit juga boleh mengembalikan tahap tenaga serta menjadikan anda lebih produktif dan efisien. Daripada aspek kesihatan mental dan psikologi pula, amalan ini turut membantu mengurangkan tekanan dan menjadikan seseorang itu lebih tenang.

Power nap juga mengurangkan risiko penyakit jantung di mana ia memperbetulkan semula fungsi jantung dan kapilari darah dalam pengaliran darah serta oksigen selepas aktif bekerja sejak pagi.

Secara kesimpulannya, power nap mempunyai banyak faedah untuk tahap kesihatan anda! Jadi, jika anda berasa mengantuk di pejabat, jangan malu untuk tidur sekejap dan merasai sendiri keajaiban power nap.

Sumber : Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di :-

GooglePlay: bit.ly/WanitaAndroid
AppStore: bit.ly/WanitaApple

 

Ad Ops