Categories: FeaturedTrending

Idris Khan Kongsi Tips Untuk Wanita Insecure

Pengalaman selama 10 tahun dalam bidang peragawan membolehkan pelakon Idris Khan melihat dan berjumpa dengan ramai wanita cantik dari seluruh dunia.

Berdasarkan pengalamannya, pelakon drama Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin ini berkongsi bahawa wanita cantik mempunyai satu masalah di mana mereka sering berasa insecure dengan diri sendiri.

Menurut Idris, kecantikan seseorang wanita itu bukan dari luaran tetapi dari dalaman. Bila kita yakin dan terima diri kita, secara automatiknya kita akan rasa diri kita cantik.

Tambahnya lagi, ramai wanita yang berasa insecure ini cuba untuk mengubah diri mereka dengan melakukan pembedahan plastik. Tapi akhirnya, mereka sendiri tidak gembira dengan apa yang mereka buat.

Dari sudut pandangan seorang lelaki, Idris berkongsi tip kepada wanita untuk mereka menerima dan menyayangi diri sendiri seadanya.

  1. Sentiasa ada keyakinan pada diri sendiri.
  2. Jangan cuba jadi orang lain.
  3. Terima diri seadanya.
  4. Tidak perlu nak ubah diri sendiri semata-mata mahu diterima masyarakat sekeliling.
  5. Apa yang penting, dalaman mesti gembira. Kalau kita gembira, akan terpancar kecantikan pada luaran.

Sumber : Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di :-

GooglePlay: bit.ly/WanitaAndroid
AppStore: bit.ly/WanitaApple

 

Ad Ops