Gaya Hidup By: Padin May 10, 2021 @ 4:34pm

Rekaan Anggun Busana Muslimah Dapat Sambutan

“Alhamdulillah, saya bersyukur dengan sambutan yang diterima daripada pelanggan FaraAlya. Walaupun jenama ini baru sahaja dilancarkan pada April yang lalu, kesemua rekaan habis dibeli. Ini sebenarnya membakar semangat saya untuk terus berbisnes,” kata Datin Hamizan Puteh, pengasas jenama FarahAlya.

Sejak dilancarkan awal bulan yang lalu, tiada siapa yang menyangka jenama ini bakal mendapat sambutan secepat ini.

Daripada sebuah nama yang asing, kini FaraAlya yang menjadi taruhan dan rebutan bukan sahaja pelanggan tempatan tetapi ada juga permintaan dari luar negara.

Bagi wanita yang mesra disapa dengan nama Datin Ezanini , sambutan yang diterima amat mengejutkan memandangkan dirinya yang baru sahaja berjinak-jinak dalam bisnes pakaian.

Ia juga membuktikan, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

“Dulu saya agak skeptikal adakah jenama baru seperti FaraAlya mampu diterima baik atau sebaliknya. Saya pula pada waktu itu memberanikan diri mengasilkan beribu helai baju terus kerana yakin rekaan ini disukai oleh generasi muda.

“Akhirnya ‘perjudian’ saya berbaloi apabila ramai yang suka dan membelinya. Kemungkinan besar pada masa akan datang saya mahu menghasilkan lebih banyak rekaan baharu, moden dan mengikut trend terkini,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Datin Ezan juga sedar keadaan semasa disebabkan pandemik Covid-19 membuatkan ramai terkesan. Kuasa beli pengguna juga semakin kurang namun sokongan yang ditunjukkan melalui penjualan jenama ini sangat luar biasa.

Menganggap ini merupakan rezeki buat FaraAlya, Datin Ezan menegaskan terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada kejayaan pertama jenama ini menawan hati pengguna.

“Sejak awal lagi saya tegaskan mahu rekaan yang moden, sesuai dengan golongan remaja dan berkualiti. Apa yang penting harga mampu milik dan tidak terlalu mahal. Dengan adanya formula sebegini, ia mampu menarik minat sesiapa sahaja,” katanya yang menggunakan nama anak sulungnya sebagai jenama sendiri.

Menariknya, ‘kejayaan’ membawa jenama FaraAlya ini turut mendapat perhatian daripada suaminya yang baru-baru ini menghadiahkan sebuah kereta mewah berjenama Mercedes kepadanya.

Menganggap ini juga pembakar semangat untuknya terus bekerja keras dalam bidang fesyen, Datin Ezan bersyukur kerana suaminya tidak pernah menghalang dirinya untuk meneroka apa sahaja bidang yang diimpikan.

“Dalam berumah tangga ni memang perlu saling sokong menyokong. Bila ada sokongan suami, ia memberikan semangat berganda buat saya untuk berjaya. Ditambah pula dengan rakan-rakan lain yang selalu ada, mereka juga memberikan inspirasi,” tambahnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Wed, 7 Feb 2018

Sayangi Miss V

Majoriti kaum Hawa di luar sana terlalu ghairah dalam menjaga kecantikan wajah dan tubuh badan sehingga lupa tentang pentingnya menjaga aset yang sangat penting bagi mereka iaitu vagina.

Featured Thu, 19 Mar 2020

Seramik Rohana letak Malaysia di peta dunia

Setanding buatan luar negara

Gaya Hidup Wed, 3 Oct 2018
Featured Thu, 19 Jan 2023

Berpelukan Depan Kaabah, Hafiz Mahamad Bawa 3 Sahabat Tunai Umrah – “Susah Sedih Sama-Sama”

Terkenal dengan sifat pemurah dan baik hati, usahawan Hafiz Mahamad membawa tiga orang sahabat menunaikan ibadah umrah di Makkah. @hafizmahamadKita bersahabat hingga syurga 💙 ♬ Ya Rasulalloh Ya Habiballah – Ai khodijah Menerusi perkongsian di […]

familuv Sat, 17 Dec 2022

[VIDEO] Buat Trend Video Anime Di TikTok, Zulin Aziz Undang Tawa – “Dah Kenapa Sampai Tukar Jantina Ni Oi!”

Pelakon dan pengacara, Zulin Aziz memuat naik video memaparkan dia dan suami, Farhan Norzaini melakukan ‘challenge’ made you look yang menukarkan wajah seseorang dalam bentuk anime 3D di TikTok. @zulinazizDah kenapa sampai tukar jantina ni […]

Featured Wed, 15 Jan 2020
Featured Fri, 26 Oct 2018

Lima Negara Dengan Status Penduduk Paling Gembira, Baru Lihat Gambar Dah Buat Kita Happy!

National Geographic menamakan lima negara didiami penduduk paling gembira!

Gaya Hidup Fri, 16 Mar 2018

Panaz Heatpants Skirt Beri Efek Berpeluh Secara Berganda Tatkala Bersenam

Berita baik untuk anda yang mahu menurunkan berat badan dengan kadar segara atau mahukan kepuasan berpeluh tatkala bersenam.

familuv Fri, 6 Jan 2023

“Langkah London?” – Ismail Sabri Perli Netizen Dedah Bercuti Di UAE Bersama Keluarga

Bekas Perdana Menteri Malaysia ke-9, Datuk Sri Ismail Sabri meluahkan rasa kesal apabila difitnah terlibat dalam  gerakan rahsia ‘Langkah London’ untuk menjatuhkan tampuk pimpinan Datuk Sri Anwar Ibrahim.   View this post on Instagram   […]