Gaya Hidup By: Padin July 19, 2023 @ 2:38pm

Rizman Ruzaini Sambut Meriah Ulang Tahun Kedua RR Mono Scarves

Pereka fesyen duo terkenal, Rizman Ruzaini memilih untuk merayakan sambutan ulang tahun kedua jenama tudung mereka iaitu RR Mono Scarves yang dibuat secara berperingkat.

Rizman, 39, atau nama sebenarnya Rizman Nordin berkata, antara yang menarik perhatian adalah pembukaan ‘pop-up store’ jenama RR yang terletak di KL East Mall, Kuala Lumpur.

“Kami ingin lari daripada kebiasaan. Bulan ini adalah ulang tahun kedua untuk RR Mono Scarves daripada Rizman Ruzaini. Seperti tahun lalu, kami adakan sambutan secara besar-besar bagi meraikan pencinta skaf kami.

“Cuma, kali ini kami akan buat lain sedikit iaitu secara berperingkat. Peringkat pertama, kami buat ‘pop-up’ di KL East Mall yang mana kami akan melancarkan tudung terbaharu iaitu RR Geometrik.

“Kemudian kami juga akan menjalankan beberapa aktiviti termasuk diskaun khas untuk semua skaf dan baju yang boleh dipadankan dengan skaf itu.

“Acara kemuncak pula adalah sambutan ulang tahun skaf Rizman Ruzaini pada 29 Julai ini. Kami menjemput mereka yang sudah memiliki RR Mono Scarves.

“Istimewa untuk 200 yang pertama akan dapat tudung edisi khas Rizman Ruzaini secara percuma. Mereka hanya perlu pakai RR Mono Scarves ke acara tersebut” katanya.

Menurut Ruzaini pula, pihaknya berasa sangat gembira kerana jenama RR ini mendapat sokongan daripada peminat skaf.

“Sambutan baik diberikan kepada jenama kami membuatkan kami jadi lebih seronok. Kami di Rizman Ruzaini memang sangat mementingkan kualiti. Disebabkan itu, kebanyakan pembeli terus setia dengan jenama ini.

“Selain itu, kami sangat aktif mengeluarkan skaf dan boleh dikatakan, setiap bulan ada keluaran baharu. Apa yang kami lakukan ini supaya pelanggan dapat mengumpul pelbagai jenis skaf keluaran kami,” katanya.

Mengulas mengenai persaingan daripada jenama tudung lain, Ruzaini berkata RR Mono Scarves mempunyai pengikut tersendiri.

“Untuk persaingan, kalau di Malaysia ini adalah sihat sebab tiada berlawan antara satu sama lain. Saya fikir, jenama kami ada pengikut yang sangat kuat dan apa yang kami hasilkan ini adalah khas untuk mereka.

“Memang kami mengharapkan sokongan berterusan daripada pembeli. Kalau diikutkan skaf ini hanya dipasarkan secara dalam talian dan tidak lama lagi akan dijual di butik kami seluruh Malaysia. Hujung tahun ini kami akan buka sekali gus di lima tempat. Jadi, pembeli boleh lihat dan rasai secara dekat kualitinya.,” katanya.

Acara sambutan ulang tahun kedua RR Mono Scarves di KL East Mall turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada dua penyanyi terkenal tanah air iaitu Ziana Zain dan Ernie Zakri.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Fri, 7 Dec 2018
Gaya Hidup Fri, 6 Apr 2018

Kolestrol Dalam Badan Tinggi? Guna Bendi Saja Untuk Turunkannya

Jumlah kolestrol yang tinggi dan berlebihan dalam badan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius terhadap sistem kardiovaskular badan.

Gaya Hidup Thu, 1 Feb 2018

Nak Basuh Hijab Pun Ada Caranya. Ini 12 Tip Penjagaan Hijab Yang Perlu Anda Tahu

Pelaburan membeli hijab berjenama kegemaran pasti diharapkan berbaloi yang mana item itu boleh disuai padan dengan pelbagai gaya.

Gaya Hidup Fri, 17 May 2019

Ikuti cara mandi wajib yang betul supaya puasa anda sah

Selepas habis datang haid atau bersama pasangan, anda perlu mandi wajib.

Gaya Hidup Thu, 15 Feb 2018

Walaupun Anda Score Subjek Geografi, 6 Negara Ini Mungkin Anda Tak Tahu

Dalam 193 (mengikut daftar PBB) negara yang ada di dunia ini, berapa banyak negara yang anda tahu? Kalau anda boleh score dalam subjek Geografi pun, rasanya masih ramai yang tidak dapat senaraikan kesemua 193 buah negara itu. Lebih –lebih lagi negara yang kecil.

Gaya Hidup Thu, 12 Apr 2018

Betul Ke Memakai Deodoran Boleh Menyebabkan Kanser Payudara? Ini Jawapannya

Ramai yang percaya deodoran boleh menyebabkan kanser payudara. Tapi secara saintifik apakah kesahihannya?

Featured Sun, 24 May 2020