Categories: Gaya Hidup

Susah Nak Tidur? Cuba 6 Tip Cepat Lena Yang Terbukti Berkesan Oleh Sains

Bila kita kena bangun awal esok paginya, masa itulah kita payah nak lena. Stress betul! Jadi cuba 6 tip-tip ini yang disyorkan oleh mereka yang pakar.

1. Matikan telefon bimbit

Ada orang yang menggunakan telefon mereka sampailah mereka terlelap. Mungkin cara itu efektif, tapi sebenarnya lampu terang yang terpancar ke mata anda itu boleh membuatkan minda anda ingat yang waktu itu adalah waktu siang. Anda disarankan supaya tidak menggunakan telefon anda dari 30 minit sebelum anda masuk tidur.

Foto: www.wddty.com

2. Cuba meditasi atau relaks

Jika anda merasa risau atau runsing kerana anda tak boleh tidur, badan anda akan mengeluarkan hormon stres. Cuba rehatkan bahagian badan anda satu per satu bermula dari kaki ke arah kepala. Kebanyakan orang akan terlena sebelum mereka sampai ke bahagian kepala mereka!

3. Bangun dari katil

Para pakar mengatakan jika anda berasa stress sewaktu baring di atas katil anda gara-gara tak boleh tidur, anda akan mengaitkan perasaan negatif terhadap tempat tidur anda. Jadi pergi duduk di sofa dan lakukan apa-apa aktiviti ringan seperti membaca sampailah anda betul-betul mengantuk.

4. Cuba untuk berjaga

Foto: randomdescent.files.wordpress.com

Tip ini memang tak masuk akal lebih-lebih lagi bila anda sepatutnya cuba untuk lena. Tapi sebenarnya lagi senang untuk lena jika anda tak terlalu memikirkannya. Sebuah kajian menunjukkan bila anda cuba sedaya-upaya untuk berjaga, anda selalunya akan mendapat kesan yang berlawanan.

5. Tetapkan rutin

Bila anda masuk tidur pada waktu yang konsisten setiap hari, lambat-laun badan anda akan mengetahui bila masanya untuk “shut down”.

6. Buat perkara yang tak masuk akal

Foto: Giphy

Jangan pula buat aktiviti lasak seperti melompat-lompat tak tentu arah. Para pakar mengesyorkan anda untuk baring di atas katil dan kira dari 100 ke 0 dalam gandaan 3. Lebih bosan anda rasa, lebih cepatlah anda terlena.

Secara kesimpulannya, jangan stress sangat. Cuba relakskan badan dan tenangkan fikiran.

Sumber: Business Insider

Ad Ops