Gaya Hidup By: Yanie Baharom December 29, 2018 @ 9:00am

Todak Fest 2019 Amal Keterbukaan Dalam Penyertaan, Tidak Diskriminasi Peserta Wanita

Sebuah acara menarik apabila Esports, Muzik dan Makanan Extravaganza digabungkan di bawah satu festival yang diberi nama TODAK FEST 2019.

TODAK FEST 2019 merupakan sebuah festival Esports tempatan terbesar yang bakal berlangsung selama dua hari pada 26 dan 27 Januari tahun hadapan di Mid Valley Exhibition Centre (MVEC).

Dijangkakan lebih 10,000 pelawat, penonton festival dan juga pemain Esports di seluruh Malaysia akan menghadiri acara besar-besaran ini.

Paling best, pertandingan ini juga boleh disertai gamers wanita yang handal dalam permainan video. Apa tunggu lagi, inilah masanya untuk menyerlah!

Anyway, TODAK FEST 2019 anjuran julung kalinya oleh Todak Gaming Community ini bakal menampilkan pertandingan Esports, persembahan muzik secara langsung dan sajian makanan istimewa di bawah satu bumbung. Hebat kan!

Menurut Naib Presiden Todak Gaming Community, Ahmad Fadli Ahmad Dahlan semasa majlis sidang media di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur, festival ini mempunyai sumbangannya tersendiri kepada negara.

“Todak Fest 2019 merupakan salah satu sumbangan dan usaha kami ke arah perkembangan Esports di tanah air. Festival ini diharap dapat menyatukan pelbagai komuniti dengan adanya Esports, muzik dan seleksi makanan terbaik Malaysia dalam satu festival.

“Dalam masa yang sama ia juga memberi pengalaman unik kepada pendatang baru tentang keberadaan Esports yang semakin mendapat tempat di hati anak-anak muda tempatan.

“Pembabitan peserta wanita juga dialu-alukan kerana kami menerima banyak maklum balas, ada wanita yang bukan saja handal tapi serius dalam permainan Mobile Legends ini. 

“Kami sangat teruja membawakan tiga elemen terbaik ini dalam membudayakan Todak Fest sebagai sebuah festival hiburan yang unik di rantau ini.”

Ganjaran RM100,000 Untuk Todak Cup Mobile Legends Championship!

Foto: Todak Fest

Dalam majlis sidang media tersebut, Ahmad Fadli turut mengumumkan satu kejohanan baru yang kompetitif pada awal Disember lalu menerusi platform media sosial rasminya yang dinamakan Todak Cup Mobile Legends Championship yang turut mendapat sokongan daripada Moonton selaku pembangun aplikasi permainan Mobile Legends.

Todak Cup Mobile Legends Championship menawarkan hadiah berupa wang tunai RM100,000. Wow!

Ia merupakan perlawanan Mobile Legends paling mencabar dengan satu siri kejohanan ‘knockout’ yang akan memberikan peluang kepada pemain profesional dan amatur bersaing dalam merebut hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM100,000 berserta kontrak sebagai pemain berkumpulan rasmi.

Peminat Esports boleh menonton siaran langsung perlawanan suku akhir, separuh akhir dan akhir secara online menerusi youtube.com/todaktv atau menyaksikan sendiri perlawanan secara offline di Todak Fest 2019.

Pengunjung juga berpeluang untuk menyertai pertandingan terbuka FIFA 19 dengan hadiah wang tunai berjumlah RM3,000 dan menjadi antara yang pertama mencuba permainan demo ‘virtual reality’ (VR) serta simulator 3D kereta lumba yang akan dipamerkan sepanjang festival ini berlangsung.

Shiha, Hujan & Kugiran Masdo ‘Gegar’ Todak Fest 2019

Foto: Todak Fest

Barisan artis popular tanah air seperti Shiha Zikir, Hujan, Kugiran Masdo dan ramai lagi bakal menggegarkan acara tersebut termasuk 20 vendor makanan yang terkenal, dibawakan khas dalam Todak Fest 2019.

Selain itu, acara yang mendapat sokongan sepenuhnya daripada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia ini menawarkan kepada 500 pengunjung pertama setiap hari yang berkunjung ke Todak Fest 2019 untuk menerima topi berbentuk ‘snapback’ secara percuma daripada Todak Gaming Community.

Masuk adalah percuma dan dibuka dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Sebarang maklumat lanjut boleh layari laman sesawang rasmi : todak.com/todakfest atau Facebook, Instagram dan Twitter : todakfest

Sumber Video: YouTube

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Thu, 21 May 2020
Gaya Hidup Thu, 25 Jan 2018

Jeans Ketat Bahayakan Miss V

Memakai seluar jeans ketat sudah menjadi trend serta kegilaan wanita masa kini. Selain memberi penampilan ramping, pemakaian jeans ketat juga mampu menampakkan tubuh badan seksi kepada si pemakai.

Gaya Hidup Tue, 1 May 2018

Kiub Ais Aloe Vera Mampu Kecutkan Jerawat. Buat Sendiri, Jimat & Senang!

Anda ada masalah jerawat yang teruk tapi tak tahu cara nak rawat? Jom DIY kiub ais aloe vera ini untuk kecutkan jerawat.

Gaya Hidup Thu, 11 Oct 2018

Kalau Pilot Jatuh Sakit Ketika Di Udara, Jangan Panik Relaks-Relaks Sudah!

Standard SOP syarikat penerbangan akan menyediakan dua juruterbang dalam sesebuah pesawat sebagai langkah berjaga-jaga.

Featured Mon, 16 Dec 2019

Kisah hidup Tengku Permaisuri Norashikin dibukukan

Kongsi pengalaman tahun pertama di istana

Featured Sun, 12 Apr 2020
Gaya Hidup Mon, 4 Jun 2018

Pelajari 3 Tip Ini Untuk Memudahkan Anda Memasak Di Dapur, No. 3 Paling Penting

Kerja yang rumit boleh jadi senang jika anda tahu cara-caranya.

Gaya Hidup Sat, 11 Aug 2018

Denda RM250 Jika Tidak Kibarkan Jalurkan Gemilang?

Ramai-ramai kita kibarkan Jalur Gemilang!