Categories: Gaya Hidup

Wanita Ini Dipenjara Kerana Mendisiplinkan Anak Dengan Merampas Telefon Bimbitnya!

Bukan saja remaja, kanak-kanak kecil pun ada yang ketagih dengan gajet. Bila perkara ini berlaku, ibu bapa mereka mestilah bersikap tegas dalam mengehadkan penggunaannya.

Kalau anak anda bermain dengan telefon bimbit atau tablet terlalu lama hingga mereka leka, mestilah anda kena ambil daripadanya dan sorok alat tersebut, kan?

Itulah apa yang seorang wanita ini buat. Bagi Jodie dari Michigan, Amerika, itulah cara terbaik untuk mendisiplinkan anaknya yang berumur 15 tahun.

Pada ketika itu, dia tak tahu yang tindakannya itu akan menyebabkannya dimasukkan ke dalam penjara sebulan selepas itu.

Foto: abc13.com

Betul, tak tipu! Jodie memberitahu Wood-TV yang seorang pegawai polis telah ke rumahnya untuk menangkapnya di atas kesalahan mencuri, sehari sebelum Hari Ibu.

Katanya, “Saya nakkan jawapan, kenapa ia sampai begitu sekali dan macam mana ia boleh berlaku di rumah saya sendiri.

“Saya telah mendisiplinkan anak saya tapi saya yang digari.”

Jodie dibawa ke balai di mana dia menghabiskan masa beberapa jam di dalam lokap sebelum membayar bond sebanyak $200.

Foto: abc13.com

Selepas itu, barulah Jodie mendapat tahu bahawa orang yang melaporkan kes “kecurian” itu adalah bekas suaminya. 

Sebenarnya telefon bimbit tersebut merupakan hadiah Krismas kepada anak perempuannya. Jadi bila Jodie merampasnya, dia dikira mencuri daripada anak mereka. Laaaaa…

Setelah penjelasan ini diberikan kepada pihak mahkamah, pendakwaraya di Ottawa County pun terus memansuhkan kes ini. Nasib baik!

Sumber: Buzzfeed

Ad Ops