Categories: Gaya Hidup

Wanita ini mengalami jangkitan teruk setelah menjalani “microblading” pada keningnya. Ngeri sungguh!

Kening adalah bahagian yang memainkan peranan penting pada wajah seseorang. Jika diubah atau diukir, kening akan merubah penampilan seseorang serta-merta.

Bagaimanapun, sebagai seorang Muslim, mencabut atau mencukur kening adalah haram kerana dianggap merubah kejadian Tuhan.

Di Barat, terdapat banyak pakej yang menawarkan khidmat bagi mencantikkan kening termasuklah microblading, iaitu tatu yang dicacah pada kening untuk memberikan bentuk yang semula jadi menggunakan dakwat tatu.

Namun begitu, terdapat risiko bagi rawatan ini terutama jika prosedur keselamatan dan kesihatan tidak diamalkan sepenuhnya.

Itulah yang terjadi kepada wanita dari Amerika Syarikat (AS) ini yang mengalami jangkitan teruk pada keningnya selepas mendapatkan khidmat kecantikan itu.

Foto: Unilad.co.uk

Kejadian malang ini disiarkan dalam rancangan televisyen terbitan (AS), The Doctors yang memaparkan pelbagai isu kesihatan, selain memberi peluang kepada doktor dan pakar kesihatan untuk memberikan penerangan yang jelas mengenai pelbagai penyakit.

Pakar dermatologi, Dr Sonia Barta, berkata jangkitan yang berlaku kepada seorang wanita selepas melakukan microblading mungkin disebabkan beberapa perkara khususnya alahan.

Foto: Independent.co.uk

“Antara isu yang mungkin berlaku adalah beliau alah terhadap warna dakwat yang digunakan ketika proses pencacahan tatu pada keningnya atau faktor kebersihan yang tidak diamalkan oleh tempat berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, khidmat kecantikan harus dilakukan di premis yang berlesen oleh seseorang yang memiliki kelayakan dan kemahiran.

Penggunaan instrumen seperti jarum dan sebagainya juga mungkin antara punca jangkitan berlaku. 

Bagaimanapun, dalam Islam mencacah tatu adalah dilarang sama sekali walaupun untuk tujuan kecantikan termasuk mencantikkan kening.

Sumber: Dailymail.co.uk

tex_admin