Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal January 26, 2019 @ 11:52am

Gempa bumi di Calayan Filipina, Tangguh Perjalanan Ke Sana

Rakyat Malaysia dinasihatkan untuk menangguhkan sebarang perjalanan yang tidak penting ke Calayan di Cagayan, Filipina memandangkan situasi masih belum stabil ekoran gempa bumi yang melanda kawasan itu semalam, kata Wisma Putra.

Wisma Putra dalam kenyataan hari ini berkata tiada rakyat Malaysia dilaporkan mengalami kecederaan atau terkesan secara langsung akibat gempa bumi dengan kekuatan 5.5 pada skala Richter yang melanda kawasan Calayan itu semalam.

“Rakyat Malaysia yang melawat atau tinggal di kawasan tersebut dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan semasa serta laporan cuaca tempatan,” katanya.

Rakyat Malaysia juga dinasihatkan untuk mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan.

Wisma Putra berkata rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular dinasihatkan untuk menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Manila atau Konsulat Jeneral Malaysia di Davao, Mindanao.

— BERNAMA

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 11 Sep 2021

BPR Rayuan, BPR Fasa 3 Dan BKC Disalurkan Berterusan Sehingga Akhir Tahun

Kerajaan akan terus menyalurkan bantuan secara berterusan sehingga akhir tahun kepada rakyat menerusi Bantuan Khas COVID-19 (BKC) adalah  Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata bantuan tunai yang disediakan kerajaan kepada hampir […]

Featured Fri, 3 Dec 2021
Featured Tue, 14 Jan 2025

Nurul Zahid Dilantik Ahli Lembaga Pengarah UPM

Nurul Hidayah dilantik mewakili komposisi berpengetahuan dan berpengalaman.

Featured Sat, 27 Sep 2025

Label Individu ‘Selfish’, Syada Amzah Tampil Bersuara – “Kamu Adalah Orang Yang Menelefonku & Aku Menyesal Menjawab Panggilan Itu”

Mengaku trauma, Syada menegaskan, dia sudah tidak mahu terlibat dengan mana-mana masalah rumah tangga rakan-rakannya.

Hiburan Sun, 9 Feb 2025
error: Content is protected !!