“33 Tahun Memang Masa Yang Sesuai Berkahwin” – Azira Shafinaz Beri ‘Hint’ Tamatkan Zaman Bujang?

Penyanyi dan pelakon, Azira Shafinaz mengakui dirinya masih bahagia dengan teman lelakinya, Yasser Khan.

Sebelum ini, ramai yang beranggapan berat badannya menyusut dek kerana sedang patah hati.

Namun, Azira tampil menafikan dakwaan tersebut sebaliknya menyatakan ia merupakan persiapan untuk drama terbaharunya nanti.

“Tak adalah, nak putus cinta dengan siapa? Masih bahagia sampai sekarang. Alhamdulillah, orang yang sama. 12 tahun kami bersama,” katanya.

Memetik laporan mStar, Azira dan pasangannya sudah pun berbincang sesama sendiri untuk ke fasa berumah tangga meskipun enggan berkongsi perkara itu secara terperinci.

“Mestilah kami ada nak bercakap-cakap tapi nak kongsi apa-apa pun tak boleh lagi. Kalau sudah ada pengesahan baru saya boleh kongsi kepada semua.

“Insya Allah, doakan untuk saya. 33 tahun memang masa yang sesuai berkahwin,” jelasnya.

Dalam pada itu, Azira turut mengakui dia sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga namun masih menunggu masa yang sesuai.

“Saya sendiri dah bersedia untuk berkahwin. Kalau kita nak tunggu sampai bila tak sedia. Jadi, saya hanya bertenang dan tunggu masa yang tepat,” katanya.

Sumber: mStar

Fatin Nurain