“Ada Niat Nak Jauhkan Anak Dengan Aku Atau Daddy Dia… You Die!” – Shakilla Khoriri Beri Amaran Dekat Siapa Tu?

Pelakon Shakilla Khoriri seakan memberi amaran kepada sesetengah pihak yang mempunyai niat tidak baik untuk memisahkan hubungan antara anaknya, Nurul Ameena Sofia bersama dirinya dan bekas suami, penyampai radio Fizi Ali.

Perkongsian Shakilla yang dimuat naik dalam akaun Instagaram miliknya itu telah mencetuskan tanda tanya mengenai maksud sebenar mesej yang ingin disampaikan.

Shakilla bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci kepada siapa pesanan berbaur amaran tersebut ditujukan.

“For those yang rasa ada niat nak menyakiti anak aku, ada niat nak bunuh kebahagian dia, ada niat nak pisah atau jauhkan dia dengan aku atau daddy dia, Read this, YOU DIE!!” tulisnya di ruangan kapsyen.

Ruangan komen hantaran tersebut dibanjiri dengan komen netizen yang mempersoalkan makna di sebalik mesej tersebut, malah, ramai turut mendoakan agar segalanya dipermudahkan.

Semalam, bekas suaminya, Fizi memuat naik dua hantaran di Instagram Story miliknya mengenai ‘bercinta dengan suami orang’ serta ‘perampas’ dan ia mengundang pelbagai persoalan.

Artikel Berkaitan: “Memang Sekarang Trend Bercinta Dengan Suami Orang Eh? Ingatkan Dah Insaf” – Fizi Ali Tuju Kat Siapa Tu?

Terdahulu, Fizi ada meluahkan perasaan marahnya terhadap Shakilla yang mendakwa kehidupannya dipercayai berpunca daripada ‘perbuatan’ bekas isterinya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Aku Tak Nak Buka Mulut Sebab Nak Jaga Aib Kau! Hidup Aku Jahanam… Sebab Kau!” – Fizi Ali Naik Hantu Dengan Shakilla Khoriri?

Untuk rekod, Fizi dan Shakilla berkahwin pada 18 Februari 2018, namun berpisah selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nurul Ameena Sofia pada 2019.

Aqilah Paharuzi