Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi February 3, 2023 @ 5:10pm

Aeril Zafrel Puji Sophia Albarakah Manja, Ini Reaksi Wawa Zainal

Baru-baru ini, nama pelakon wanita Sophia Albarakbah hangat menjadi perbualan ramai di serata media sosial selepas muncul kontroversi yang mendakwa dirinya menggatal bersama penyanyi, Aliff Aziz.

Susulan itu, suami kepada penyanyi Bella Astilah itu tampil menjelaskan perkara sebenar ketika ditemui di sidang media drama lakonan Aliff dan Sophia berjudul ‘Ku Akad Kau Dengan Bismillah’ pada Rabu.

Dalam pada itu, Aeril yang pernah bergandingan dengan pelakon wanita tersebut pada dua tahun lalu menyifatkan karakter Sohpia sebagai seorang aktres yang manja.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, pelakon jelita Wawa Zainal mencuri perhatian ramai selepas meninggalkan komen di sebuah entri di Instagram berhubung berita Aeril memuji Sophia itu.

Menerusi komen tersebut, Wawa meminta tips mengenai cara untuk menjadi manja telah mencuit hati ramai pihak yang terhibur melihat reaksi spontannya itu.

“Aduh tips jadi manja kali bagaimana guys,” tulisnya.

Sementara itu, Wawa turut membalas komen netizen yang berkata dirinya sudah cukup manja kepada Aeril.

“Wawa dah cukup manja.. Apa lagi lentuk lebih sikit,” tulis netizen berkenaan.

“Kita ni wanita besi kak so kurang manja kot,” balas Wawa.

Dalam pada itu, rakan pelakon Mawar Rashid turut membalas komen tersebut di entri Instagram yang sama.

“Waduh waduh.. kena tambah silibus ni Wa,” katanya.

Bagaimanapun, menurut suaminya, Aeril Zafrel berkata mereka sebagai pasangan sangat ‘transparent’ dan tidak pernah merahsiakan sebarang perkara.

Misalnya, bapa anak empat itu berkata dia tidak pernah melarang Wawa untuk memeriksa telefonnya dan membaca mesej pribadi kerana mahu isteri tersayangnya itu untuk percayakan dirinya sepenuhnya.

Artikel Berkaitan: “Saya Tak Nafi Apa Yang Bella Astillah Dedahkan” – Lerai Persoalan, Aliff Aziz Jawab Spekulasi Dengan Sophia Albarakbah

Artikel Berkaitan: “Kalau Orang Senang Terasa Akan Mudah Jatuh Hati,” – Aeril Zafrel Puji Sifat Sophia Albarakbah Manja & ‘Soft Spoken’

Artikel Berkaitan: Berani Kerana Benar, Bella Astilah Dedah Bukti Perbualan Dengan Sophia Albarakbah – “Please Forgive Me, I Nak Tebus Salah”

Artikel Berkaitan: “Kita Masih Perlu Jumpa Di Set, Tapi…” – Kekal Profesional, Aliff Aziz Nafi Kontroversi Dengan Sophia Albarakbah Hanya Gimik

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 16 Dec 2025

Kenyataan ‘Jangan Bergaul Dengan Orang Dari Broken Home’, Shila Amzah Tegur Stigma Negatif Netizen – “Kami Juga Layak Dicintai”

Shila Amzah meluahkan rasa syukur kerana akhirnya menemui kelompok rakan yang saling memahami

Hiburan Sat, 11 Nov 2023
Hiburan Tue, 21 May 2019

‘Kacak, Cantik Bukan Tiket Jadi Chef Selebriti’- Chef Wan Kecewa Dengan Chef Selebriti Otak Kosong?

Yang ada niat nak jadi chef selebriti, dengar apa Datuk Chef Wan pesan…

Hiburan Wed, 7 Mar 2018

Boikot Neelofa Sampai Bakar Tudung?

Wanita ini mengambil tindakan membakar tudung Neelofa atas alasan tidak mahu membawa nama Neelofa kemana-mana sahaja beliau pergi.

Eat Travel Tue, 26 May 2020
Featured Mon, 16 Jul 2018

Bau Seperti Klorin & Roti Basi. Ini 5 Bau Vagina Yang Perlu Anda Tahu

Vagina yang sihat memiliki aroma yang sedikit hamis tetapi tidak terlalu kuat.

Trending Wed, 4 Jul 2018

Najib Guilty as Charged?!

He was slapped with 3 counts of CBT and 1 count of abuse of power!

error: Content is protected !!