Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain February 2, 2023 @ 3:26pm

“Kita Masih Perlu Jumpa Di Set, Tapi…” – Kekal Profesional, Aliff Aziz Nafi Kontroversi Dengan Sophia Albarakbah Hanya Gimik

Selepas membuat pendedahan berani mati mengenai aktres yang menjadi punca rumah tangganya bergolak, pelakon Aliff Aziz menyatakan dia sudah tidak berhubung lagi dengan aktres, Sophia Albarakbah.

Menurut Aliff, dia ingin fokus untuk menghabiskan penggambaran yang masih berbaki dengan sehabis baik dan melupakan isu yang berlaku.

“Kita masih perlu berjumpa di set tapi dah tak banyak bercakap. Saya pun tak ada minta untuk berbincang, dia pun macam tu. Sebab saya rasa kita tengah fokus untuk kerja. Kita pun sudah tidak  berhubung melalui Whatsapp or call.

“Misi saya sekarang ni hanya nak habiskan apa yang perlu saya selesaikan seperti yang tertulis dalam kontrak dengan baik, be professional about it.

“Saya harap seluruh pihak produksi yang terlibat walaupun ia memberikan tekanan, kita dapat selesaikan siri ini sehabis baik.

“Saya faham semua nak saya ulaskan isu yang diperkatakan lebih dari drama ini. Harapan saya kita semua dapat move on dan selesaikan yang kita perlu diselesaikan,” katanya.

Perkongsian itu telah dibuat oleh Aliff ketika ditemui di majlis sidang media drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah yang berlangsung di sekitar Petaling Jaya, semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Dia ‘Missed Call’ 8 Kali, Non Stop Mesej Di WhatsApp… Dia Kata Dia Bodoh Kerana ‘Tersuka’ Suami Saya” – Bella Astillah Dedah Pelakon Wanita Cuba Try Aliff Aziz

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Tak Nafi Apa Yang Bella Astillah Dedahkan” – Lerai Persoalan, Aliff Aziz Jawab Spekulasi Dengan Sophia Albarakbah

Menyedari isu ini semakin meledak, Aliff juga mengambil pendekatan untuk tidak berbincang dengan Sophia kerana tidak mahu mengganggu kualiti lakonan ketika bekerja.

“Saya tak ada berbincang perkara ini dengan dia sebab saya tidak mahu isu ini menjejaskan lakonan di set. Saya hanya berkomunikasi dengan isteri saya.

“Apa yang saya cuba buat sekarang ini hanya nak ada persefahaman dengan isteri saya dan macam mana kita move forward from this. Kalau kita go into detail saya rasa it’s not doing good to anybody,” jelasnya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Sayang Sayang itu juga menafikan bahawa isu ini sebahagian daripada gimik untuk mempromosikan drama arahan Osman Ali tersebut.

“Benda ni bukan gimik kerana saya dan produksi pun kalau perlu buat gimik untuk naikkan sebuah karya, saya takkan setuju untuk buat.

“Saya berharap karya ni dapat naik disebabkan naskhahnya sendiri. Benda ni pun bukan something yang happy untuk sesiapa termasuk saya juga.

“It’s not marketing gimic, it has nothing to do with gimic or sengaja nak buat kecoh, tapi ia sekadar sesuatu yang tak dijangka akan berlaku dan saya harap semua dapat move on,” katanya.

Aliff dan Sophia bakal muncul menerusi drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah arahan Osman Ali bermula 6 Februari ini dalam Slot Akasia, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di TV3.

ARTIKEL BERKAITAN: Sophia Albarakbah Tak Muncul Di Sidang Media Saat Akhir – “Terpaksa Selesaikan Shoot, Nak Ke Jakarta Esok”

ARTIKEL BERKAITAN: Dedah Bukti Perbualan, Simpan Nama ‘Sophia B**sia’ Di WhatsApp… Netizen Tuduh Bella Astillah ‘Over’

ARTIKEL BERKAITAN: “I Tak Nak Buat Statement Sebab…” – Sophia Albarakbah Tampil Perjelas Kontroversi Ganggu Rumah Tangga Aliff Aziz & Bella Astillah

ARTIKEL BERKAITAN: Berani Kerana Benar, Bella Astilah Dedah Bukti Perbualan Dengan Sophia Albarakbah – “Please Forgive Me, I Nak Tebus Salah”

ARTIKEL BERKAITAN: “Nak Jadi Pelakon Ke Nak Jadi Pelac*r?” – Isu Pelakon Wanita ‘Tersuka’ Suami Orang, Ini Komen Pedas Nabila Huda

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Dakwa Sophia AlBarakbah Ganggu Rumah Tangga Aliff Aziz & Bella Astillah, Ruangan Komen Instagram Kena Serang

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sun, 29 Jun 2025

Bilal Indrajaya Pembuka Tirai Panggung Purnama: Fasa 1 ‘Main Kasar’ Di Zepp KL

Bilal Indrajaya, yang diumumkan sebagai pengisi utama bagi fasa pertama ‘Main Kasar’ menjelang konsert

Trending Fri, 29 Dec 2023
Hiburan Wed, 22 Jan 2025
Hiburan Fri, 20 Jun 2025
Featured Sat, 2 Apr 2022

“25 Tahun Saya Rehearsal Momen Ni” – Alif Satar & The Locos Sebak Berkolaborasi Semula Bersama Raihan, Sampai Terpaksa..

Alif Satar mengakui hanya ada dua selebriti yang membuat dia gementar iaitu Siti Nurhaliza & Raihan 🤩

Featured Sun, 14 May 2023
Replicated Draft Wed, 29 Mar 2023

[VIDEO] “Mari Bantu Rakyat Untuk Maju Ke Hadapan, Jangan Buat Tak Nampak Mereka Yang Tercicir”

Datuk Munirah Abdul Hamid, Pengasas PERTIWI (Pertubuhan Tindakan Wanita Islam Malaysia) menggesa kita semua untuk bertindak dengan bijak dengan membantu rakyat yang tercicir untuk maju ke hadapan bersama-sama. OHBULAN! duduk bersama Datuk Munirah, berbincang tentang […]

Featured Sat, 28 Dec 2024

Pentas CSOIAM Minggu Kedua Lebih Hangat!  Yuna & Dayang Nurfaizah Bakal Buat Kejutan

Selain Yuna, dan Dayang Nurfaizah, Datuk Nash juga bakal membuat penampilan istimewa.

Trending Fri, 18 Dec 2020
error: Content is protected !!