Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 8, 2022 @ 1:15pm

“Alhamdulillah, Dengan Izin Allah…” – Zamani Selamat Jalani Pembedahan Tulang Belakang

Penyanyi Zamani Ibrahim difahamkan telah selamat menjalani pembedahan tulang belakang membengkok atau Skoliosis di sebuah pusat perubatan Swasta pada Isnin.

Perkara itu dimaklumkan oleh isterinya, Nur Juliana Abdul Rani menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

“Syukur Alhamdulillah. Dengan izin Allah Abang Zamani selamat menjalani pembedahan sebentar tadi. Terima kasih atas doa-doa buat Abang Zamani,” tulisnya di ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Juliana (@mrsj_zamani)

 

Memetik laporan Berita Harian, Juliana turut berkongsi prosedur pembedahan itu berlangsung selama hampir tujuh jam.

“Abang Zamani dimasukkan ke dewan bedah sekitar jam 8 pagi, pembedahan mengambil masa tujuh jam,” katanya.

Terdahulu, Zamani pernah memaklumkan, dia sudah mempersiapkan diri untuk menjalani pembedahan tersebut termasuklah, persediaan dari segi  mental memandangkan ini adalah pembedahan besar yang pernah dilaluinya.

“Perasaan takut tetap ada, tetapi bukanlah disebabkan bimbang perkara buruk berlaku. Segala-galanya saya serahkan kepada ketentuan Allah.

“Saya agak takut kerana ini adalah pembedahan besar pertama yang dilalui. Saya dimaklumkan pembedahan akan mengambil masa selama dua setengah jam.

“Saya akan ditidurkan ketika pembedahan. Dari segi persiapan fizikal, saya mengikut saranan doktor mengamalkan diet dan mengambil banyak vitamin,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Segalanya Saya Serahkan Kepada Allah” – Zamani Ditidurkan, Mohon Peminat Doakan Pembedahan Berjalan Lancar

ARTIKEL BERKAITAN:Akui Punca Salah Faham Isu Wang Jualan Tiket, Zamani & Aalan Akhirnya Berdamai

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Zamani Diusung Turun Pentas, Netizen Titip Doa – “Sedihnya Tengok Keadaan Dia…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 24 Aug 2022
Hiburan Fri, 4 Oct 2019
Trending Sun, 20 May 2018

Bayar Lebih RM4,000 Untuk ‘Air Suci

Sanggup berhabisan untuk membeli ‘air sudi’ agar semua sial dibuang katanya

#BabyXTRA Fri, 7 Apr 2023

#BabyXTRA: Hamil Anak Kedua Buat Emma Maembong Lebih Matang… Elak Sifat Boros!

Semoga selamat bersalin anak kedua Emma! 🥰❤️

Trending Thu, 29 Nov 2018

学生「粉笔画」创作惊人!老师狠心一擦心都碎了

Illusdreamer 是一个由几名香港高中学生组成的创作小组,他们采用彩色粉笔在黑板上创作巨幅的画作,尽管作品的生命有限,但令人难以置信的神奇画面,却让大家都惊叹不已!

error: Content is protected !!