Categories: HiburanSelebriti

Aliff Aziz Rancang Rakam Lagu Duet Dengan Isteri

Penyanyi asal Singapura, Aliff Aziz mengakui rindu kembali ke studio selepas lama tidak muncul dengan single terbaru.

Kata Aliff, dia kini dalam perancangan menghasilkan sebuah single bersama isteri tercinta, Bella Astilah.

“ Saya memang pasang niat untuk berduet dengan Bella. Cuma ini semua pelan awal. Bila dah dapat material sesuai, sudah pasti saya war-warkan,” katanya kepada XTRA.

Akui Aliff lagi, dia mahu kembali aktif dalam bidang seni selepas lama mendiamkan diri.

“ Selain menyanyi, tawaran berlakon masih ada. Bulan depan saya akan masuk ke set penggambaran untuk sebuah telefilem.

“ Jadual saya masih diisi dengan tawaran seni. Cuma mungkin tak serancak dulu. Doakan agar rancangan hasilkan lagu duet dengan isteri berjalan lancar,” katanya.

Single terakhir Aliff Aziz berjudul Amarah Cinta dilancarkan tahun lalu yang mana lagu berkenaan diangkat sebagai lagu tema drama Melankolia yang ditayangkan di TV3.

SGMS Faida