Anna Jobling & Meerqeen Diserbu Peminat Di Jakarta! – “Level Artis K-Pop Tauuuuu”

Bahang penangan Melur Untuk Firdaus ibarat tiada penghujung selepas kehadiran pelakon Anna Jobling dan Meerqeen disambut baik oleh peminat di Indonesia, semalam.

Menerusi perkongsian di Instagram, Anna dan Meerqeen diserbu oleh peminat dari negara itu selepas mereka tiba di Lapangan Terbang Soekarno, Jakarta.

“Anna dan Meerqeen dah sampai di Jakarta, Anna gembira disambut banyak fans di Bandara,” tulisnya

Menurut Anna, dia sangat teruja apabila menerima banyak hadiah daripada peminat sempena ulang tahun kelahirannya.

“Hari ini ulang tahun saya, banyak hadiah dari fans alhamdulillah dan terima kasih. It’s time to rest, nanti kita jumpa dan borak-borak lagi guys,” katanya.

Dalam pada itu, Meerqeen juga turut berkongsi momen-momen ketika disambut oleh peminat dari Jakarta di platform Instagramnya.

“Indonesia, kamu unreal banget,”

Menjengah ke ruangan komen di Instagram Anna, rata-rata pengikutnya turut teruja dengan sambutan yang diterima sehingga menyamakan mereka seperti artis K-Pop.

“Korang dah sampai level artis K-Pop tauuuuu. Fans Indo tunggu kat airport nak sambut kedatangan korang. A-M-A-Z-I-N-G.

“So happy aaaaaaa Terharu gilerrrr.

“Wah bahasa Indonesianya sudah mulai lancar yaa, Enjoy Jakarta Anna dan Meer,” komen peminatnya.

Fatin Nurain