Anuar Zain Teringin Nak Kurus?

Penyanyi pujaan ramai  ini mengaku mahu menurunkan berat badannya sebanyak lapan kilogram lagi. Baginya, adalah penting untuk menjaga kesihatan dan penampilan beliau lebih-lebih lagi di usia 48 tahun. 

” Ketika konsert di Singapura, saya gembira kerana ada baju lama yang boleh dipakai. Saya lebihkan kepada penjagaan pemakanan, kurangkan karbohidrat, terutama nasi dan elakkan pengambilan gula secara berlebihan. Dan, saya cuba makan secara sihat seboleh mungkin.” Katanya

Ditanya mengenai pengalaman beliau bertemu peminat di Singapura pada konsert Anuar Zain Cinta Takkan Berakhir Live In Singapore 2018 baru-baru ini, Anuar sekaligus menyatakan rasa syukur beliau apabila dapat menayangkan video muzik lagu Belahan Hati iaitu lagu kesinambungan dari dua singlenya yang terdahulu, Cinta Takkan Berakhir dan Andainya Takdir. 

Wah, semestinya ramai yang tak sabar menantikan lagu beserta video muzik Abang Nuar kita ni kan? 

Rakam Semula Lagu Kain Pelikat

Menurut Anuar, beliau juga tidak keberatan untuk merakamkan semula lagu Kain Pelikat nyanyian duet beliau bersama Elina Razak yang popular sekitar tahun 80-an itu.

” Sekiranya banyak permintaan, In shaa Allah. Jika di izinkan dan dipermudahkan, saya sedia merakamkan kembali lagu nostalgia itu”  Jelasnya.

Apapun, sama-samalah kita tunggu lagu terbaru daripada abang Anuar Zain kita okay! Jom, xtra belanja sedikit klip persembahan daripada Anuar Zain semasa berada di Singapura baru-baru ini. Enjoy!

Salma Syahbuddin