Anytime! Lisa Surihani Dah Siap Sedia

Pelakon Lisa Surihani yang merupakan ibu kepada dua anak ini sentiasa kelihatan awet muda. Kulit wajah bak bayi gitu, korang setuju tak?

Isteri kepada pengarah terkenal, Yusry Abdul Halim ini mengaku mahukan lagi cahaya mata dan bersedia untuk menerima ahli keluarga baru.

“ Saya dah bersedia untuk menambah cahaya mata pada tahun depan. Kami mahu segera menambah anak kerana usia suami sudahpun mencecah 45 tahun.

“Takkanlah, bila usia suami mencecah 60 tahun dan sudah pencen, anak-anak kami masih kecil dan belajar lagi?,” katanya.

Tambah Lisa, dia dan suami mementingkan soal pendidikan anak-anak kerana ia membabitkan kos yang mahal sekarang.

“Jika nak diikutkan, kami sudah bersedia pada bila-bila masa pun tetapi semuanya bergantung pada rezeki dari Allah SWT.

“Kalau boleh kami mahukan sepasang anak iaitu lelaki dan perempuan selepas ini,” katanya.

Lisa dan Yusry berkahwin pada tanggal 23 Februari 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Yahaira Leanne, 4, serta Yusof Leonne, 1. – Harian Metro

 

SGMS Faida