Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi May 29, 2024 @ 5:08pm

“Harap Anak Ketiga Tak Lahir Bulan 5 Kalau Tak…” – Anzalna Nasir

Pelakon jelita Anzalna Nasir mencetus perhatian warganet di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi muat naik di Instagram (IG), Anzalna memuat naik foto kedua-dua putera kecilnya, Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan.

Difahamkan momen manis tersebut dirakam ketika Anzalna dan keluarganya bercuti di Singapura bagi menyambut ulang tahun kelahiran kedua-dua puteranya itu.

anzalna nasir

Namun, apa yang menjadi perhatian adalah Anzalna berkongsi kisah kelahiran anak keduanya, Emirhan yang jatuh pada bulan sama dengan abangnya, Eidrees.

Malah, Anzalna turut berseloroh dengan mengharapkan bayi ketiga tidak lahir pada bulan yang sama dengan Eidress dan Emirhan.

“Boleh pula Eidrees dan Emirhan lahir bulan yang sama. Sepatutnya tarikh lahir pun sama tapi Emirhan tiba-tiba terkeluar awal!

“Pergi check-up, doktor tengok muka I dia cakap I nampak tak okay rupanya masa tu I tengah contractions tapi I tak sedar how eh? pelik-pelik Anzalna Nasir ni!

“Family I semua terkejut sebab masa tu diorang semua tengah holiday di Cannes. Kononya nak tunggu diorang balik baru I beranak tapi Emirhan tak sabar nak tengok dunia.

“Hopefully anak ketiga tak lahir bulan 5 kalau tak sebulan daddy dia kena ambil cuti celebrate birthday anak-anak!,”seloroh Anzalna.

Untuk rekod, Anzalna mendirikan rumah tangga bersama Mohamad Hanif Zaki yang merupakan seorang usahawan pada 2016.

Perkahwinan mereka diserikan dengan dua cahaya mata lelaki, Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Ingatkan Isteri Saja Pandai Berlakon, Rupanya Suami Pun Ada Bakat” – Peminat Kagum Suami Anzalna ‘In Character’ Buat Trend Lagu Raya

ARTIKEL BERKAITAN: “Grandma Panggil Dia Budak Turki” – Umur Bayi Cecah 3 Bulan, Anzalna Dedah Tengok Drama Turki Ketika Mengandung

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 9 Jul 2019

‘Kahwin Muda Lepastu Cerai, Buat Apa Kan?’- Hans Issac

Takpe, kalau ada jodoh tak ke mana…tak gitu Hans?

Trending Fri, 11 Oct 2019

Belanjawan 2020: Cukai 30% Untuk Orang Berpendapatan Tinggi

Pada masa sama, kerajaan turut mengumumkan insentif cukai untuk menyokong pertumbuhan PKS.

Hiburan Tue, 15 Oct 2019

Asyik Dibuli Netizen…Bintang K-Pop Ini Bunuh Diri!

Ternyata, kematian Sulli amat mengejutkan komuniti penggemar muzik K-pop di seluruh dunia. 

Featured Wed, 22 Mar 2023

Hujan, Bunkface, Insomniacks & Masdo Bakal ‘Menggila’ Di Konsert Jiwa Kacau!

Fuhhh cool gila! Jangan lupa dapatkan tiket Jumaat ini

Hiburan Tue, 3 Mar 2026

Beri Bayangan Rumah Tangga Bersama Azlan Komeng Berakhir, Nilam Ortiz Terima Takdir Ilahi

Nilam turut menyifatkan Azlan seorang sosok suami yang bertanggungjawab

Featured Fri, 19 Dec 2025
Trending Tue, 20 Aug 2019

#JomBantu Buat Kakitangan Utusan Malaysia

Tiada lagi cetakkan akhbar mulai Rabu ini hingga tarikh baru di kongsikan

error: Content is protected !!