Apa Kesudahan Cinta Nur dan Ustaz Adam?

Sediakan tisu banyak-banyak malam ini! Bukan apa, drama Nur yang membangkitkan fenomena sepanjang Ramadhan ini bakal melabuhkan tirai.

Pujian harus diberikan kepada pengarahnya, Shahrulezad Mohameddin yang bijak membuai perasaan penonton bukan menggunakan ayat-ayat cinta klise. Senang cerita, memang luar biasa! 

Dalam masa sama, drama ini banyak menyuntik nilai moral kepada penonton agar tidak mengambil alih kerja Tuhan dengan menghakimi seseorang. 

“ Saya ikhlas membuka mata penonton terhadap realiti segelintir masyarakat yang sanggup ‘menunggang’ agama demi kepentingan peribadi.

“ Saya tidak bermaksud semua individu yang pakar dalam bab agama bersifat sedemikian. Itu hanya segelintir dan cebisan daripada realiti sekarang.

“ Masih ramai yang ikhlas dan jujur dalam perjuangan mereka. menegakkan agama. Cuma, kebaikan mereka ada kala ditenggelami dengan kemunculan manusia seperti Ustaz Hamadi,” katanya.

Drama 19 episod ini berjaya mencatat sembilan juta penonton sekaligus membuktikan masyarakat hari ini ‘dahagakan’ drama berkualiti seperti Nur. Tahniah buat seluruh keluarga produksi Nur!

Jangan lupa saksikan episod akhir jam 10 malam ini di saluran TV3. Adakah Nur akan temui kebahagiaan bersama Ustaz Adam, bagaimana kesudahan rumah tangga Aisyah dan Ustaz Hamadi, bagaimana pula dengan nasib Darul Mukhsin…terus setia di hadapan kaca TV anda untuk jawapannya!

SGMS Faida