Apa Di Dapur Bersama Chef Imelda; Kek Vanilla Oren

Kek Vanilla Oren

Bahan-bahan;

250g Mentega

2 suku cawan tepung penaik

1 cawan gula perang

3 biji telur

2 sudu kecil esen Vanilla

2/3 cawan susu segar

1 biji jus oren

Sedikit zest oren

Krim mentega oren

100 g mentega

70g gula Icing

Gambar Sekadar Hiasan 

Caranya;

  • Panaskan oven pada suhu 170 darjah celsius.
  • Pukul mentega, gula halus, jus oren dan esen vanilla hingga sebati diikuti telur, pukul sehingga kembang.
  • Masukkan separuh tepung berselang-seli dengan susu sehingga adunan sebati.
  • Masukkan zest oren dan tuang ke dalam cawan kertas.
  • Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 15 minit.
  • Sejukkan sebentar sebelum dihidang.
  • Hidang bersama krim mentega oren.

Cara membuat krim: 

  1. Putarkan semua bahan sehingga kembang.
  2. Kemudian, sapukan kepada seluruh kek.
  3. Hiaskan mengikut kreativiti anda.
SGMS Faida