Aretha Franklin Meninggal Dunia

Ratu Soul terkenal, Aretha Franklin meninggal dunia semalam selepas menderita kanser pankreas sejak beberapa bulan lalu.

Mendiang yang berusia 76 tahun itu pernah memenangi 18 Grammy dan mempunyai 25 rekod emas, meninggal dunia di rumah di Detroit.

Kesihatan penyanyi itu dilaporkan merosot sejak beberapa bulan kebelakangan ini dan semalam keadaan mendiang bertambah teruk dan dilaporkan hanya menunggu masa.

Aretha dilaporkan membuat kemunculan di khalayak ketika menghadiri Elton John’s AIDS Foundation 25th Anniversary Benefit pada November tahun lalu dan mendiang selepas itu mengumumkan persaraannya dari bidang seni.

Aretha dilahirkan di Memphis pada 1942 dan memulakan karier nyanyiannya di sebuah gereja ketika mengikut keluarganya berpindah ke Detroit.

Untuk rekod, 100 buah lagu Aretha berjaya menembusi carta Billboard 100 yang mana 17 daripadanya berjaya menduduki tangga 10 terbaik.

Majalah Rolling Stone turut menamakan Aretha sebagai 100 Penyanyi Sepanjang Zaman.

SGMS Faida