Ariana Grande Tutup Ruangan Komen Instagram?

Susulan berita kematian penyanyi rap Mac Miller tersebar, bekas kekasihnya Ariana Grande antara individu yang mendapat perhatian.

Pasangan ini pernah bercinta selama dua tahun dan perpisahan mereka dikatakan antara punca mengapa penyanyi lelaki ini mengambil dadah secara berlebihan.

Penyanyi No Tears Left To Cry turut memuatnaik sekeping foto mendiang Miller namun menutup ruangan komen.

Difahamkan, Ariana dikatakan tidak mampu menahan kesedihan apabila mengetahui mengenai kematian bekas kekasihnya itu. 

Menurut laporan ET Online, sahabat Ariana memaklumkan penyanyi tersebut tidak dapat menahan kecewa kerana berita tersebut.

Sumber turut memberitahu Ariana dan Mac masih saling berkomunikasi meskipun hubungan cinta mereka terputus di tengah jalan.

Jumaat lalu, Miller ditemui mati di rumahnya di California akibat penyalahgunaan dadah.

SGMS Faida