“Artis Cantik, Kacak, Popular… Bayaran Mereka Mahal” – Permintaan Tidak Setimpal Bayaran, Ammar Titan Kesal Produksi Pilih Kasih

Pelakon dan pelawak, Ammar Titan meluahkan rasa kesal terhadap segelintir pihak yang mengamalkan sikap pilih kasih.

Melalui perkongsiannya di Instagram Story, Ammar atau nama sebenar Azizul Ammar Abu Hassan, 34, berkata artis yang mempunyai paras rupa menarik dan popular menerima bayaran mahal.

Namun, bagi artis yang tidak popular, bayaran mereka tidak setimpal dengan perkara yang harus mereka lakukan termasuk dirinya.

“Artis yang cantik, kacak popular muat naik gambar rumah baharu besar, muat naik kereta mewah besar, muat naik jam mahal, bayaran mereka mahal.

“Artis biasa suam-suam kuku muat naik tentang perdebatan harga yang berbaloi dengan pengalaman dan bakat.

“Perlu menentang semula tau! Sedih! Sangat sedih! Kau simpan duit tu masuk dalam poket kau sendiri!,” tulisnya.

Pada masa sama, Ammar turut meluahkan rasa kurang senang dengan pihak yang meminta untuk  menghidupkan satu waktu tetapi tidak setimpal dengan bayarannya.

“Contoh bayar tidak seberapa tapi permintaan suruh buat badan, suruh buat babak aksi gaduh, suruh pakai baju mahal.

“Suruh pula buat review tempat tinggal semasa penggambaran dan review makanan. Lepas itu duit semua masuk poket sendiri,” katanya.

Untuk rekod, Ammar pernah berkhidmat sebagai penyampai radio di Hot FM pada 2016 hingga 2019.

Antara lakonannya ialah Reen Putus Cinta, Pok Ya Cong Codei: Memburu Siti, Cinta Round 1, Rindu Atuk dan Dalam Kasut.

Maya Basir