Jadikan Hos Terdahulu Sebagai Rujukan, Ini Strategi Pengacaraan Haziq Hussni Untuk Melodi TV3

Selepas membuat kemunculan pertama mengemudi Melodi di TV3 pada Ahad, pengacara Haziq Hussni mendedahkan strateginya untuk mengendalikan program itu dengan baik.

Menurut Haziq, dia menjadikan hos-hos Melodi terdahulu sebagai rujukan untuk membawa identitinya yang tersendiri sepanjang mengacarakan program sensasi itu.

“Strategi saya adalah saya akan gunakan pengacara lama punya VT-VT juga. Saya tengok juga Melodi lama punya style. Mungkin sekarang kita kena ubah sedikit cara tu.

“Daripada situ saya ambil sedikit beberapa percent mereka punya cara untuk jadikan Haziq Hussni punya rempah,” jelasnya kepada XTRA.

Sementara itu, Haziq turut menyatakan bahawa dirinya amat mengagumi cara pengacaraan hos Melodi terdahulu seperti Wahid Senario, Fara Fauzana, Ogy Ahmad Daud dan Saiful Apek.

Namun, Haziq turut menyatakan rasa kagumnya terhadap Nabila Huda yang berjaya mengendalikan program kontroversi itu seorang diri.

“Bila kita ada dua orang pengacara ni, chemistry tu sangat penting. Bila kita nak buat seorang berbeza, macam mana Nabila Huda buat seorang.

“Hebatlah kalau boleh buat Melodi tu seorang memang orang tu hebat. Bila buat berdua pun rasa nervous, susah, macam-macam benda kena kaji sebab takut terlepas cakap,” katanya.

Sebelum ini, program Melodi itu juga pernah dikendalikan oleh beberapa hos terkenal seperti Awal Ashaari, Ajak, Janna Nick dan Zizan Razak.

ARTIKEL BERKAITAN: Haziq Hussni Kini Pengacara Melodi, Tidak Kekok Digandingkan Bersama Ain Edruce!

Fatin Nurain