Perkahwinan Di Selatan Thailand Perlu Segera Didaftarkan di Malaysia

Rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand dinasihatkan untuk tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan apabila kembali ke tanah air.

Menurut Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Muhammad Ridzuan Abu Yazid berkata, pendaftaran perlu dibuat segera bagi mengelak berlaku masalah pada masa akan datang.

“Mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan di Thailand perlu membuat perancangan supaya perkahwinan itu sah dari segi undang-undang,” katanya.

Memetik laporan Bernama, Muhammad Ridzuan turut menasihati orang ramai untuk berwaspada dengan tawaran sindiket pernikahan agar tidak tertipu dan menyebabkan perkahwinan mereka tidak sah.

“Pasangan yang ingin berkahwin di sini perlulah mematuhi prosedur yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam negeri masing-masing,” katanya.

Terdahulu, kes anak perempuan kepada Halim Othman tidak dapat berbintikan bapa sendiri merupakan salah satu masalah tidak mendaftarkan perkahwinan di tanah air dengan segera.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sukar Untuk ‘Bintikan’ Nama Bapa Kerana…” – Anak Halim Othman Jelaskan Sebab Namanya Berbintikan Abdullah

Sumber: Bernama

Maya Basir