Artis Wanita Dan Individu Bergelar Datuk Ini Antara Yang Ditahan Dalam Pesta Liar?

Semasa serbuan dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Dang Wangi, pada 12.30 tengah malam, hasil maklumat daripada orang awam berhubung pesta liar yang dilakukan di sebuah kondominium di Bukit Ceylon, Kuala Lumpur mendapati, pelakon wanita antara 19 individu yang ditahan dalam serbuan tersebut.

Hasil pemeriksaan mendapati 11 individu adalah lelaki dan 8 wanita tempatan berusia sekitar 21 hingga 40-an yang berada di tingkat 8 kediaman tersebut. Turut ditemui dalam serbuan sama adalah empat paket plastik hitam yang mengandungi dadah jenis methamphetamine.

Menurut hasil siasatan lanjut, penganjur pesta berkenaan juga dikenali sebagai ahli perniagaan yang bergelar Datuk berusia lingkungan 28 tahun  dan dipercayai membiayai kesemua perbelanjaan pesta liar tersebut termasuklah pembelian dadah.

Penganjur dipercayai menyewa unit kediaman tersebut dengan kadar RM1000 untuk satu malam sebelum menghantar jemputan melalui aplikasi Whatsapp.

Dan pelakon wanita yang terlibat berusia pertengahan 40-an dan masih aktif membintangi beberapa telefilem dan drama bersiri.

Hasil ujian air kencing yang dijalankan mendapati 11 daripada mereka positif dadah manakala, lapan lagi yang lain bagaimanapun didapati bebas dari penyalahgunaan dadah namun ditahan untuk siasatan lanjut.

Salma Syahbuddin