Categories: HiburanSelebriti

Ayda Jebat Kongkong Siapa ?

Ayda Jebat dikatakan mengongkong Redza Rosli di atas dasar cemburu. Malah dikatakan perkara itu turut menimbulkan rasa kurang senang orang sekeliling.

“Saya rasa tak perlu ulas perkara begini sekarang. Malah, rasanya ia tidak sesuai untuk saya perkatakan. Saya mahu pada 2018 ini menjadi lebih positif dan kalau boleh saya tak mahu lagi jawab soalan-soalan yang boleh buat orang tertanya-tanya lagi. Saya harap anda memahami,” katanya

Dalam masa yang sama, Ayda menyatakan kepada portal berita tersebut bahawa Redza hanyalah sahabat rapat. Wah, biar betul.

“Saya senang dengan keperibadian dan sikap Redza sebab itu kami selesa berkawan. Kebetulan pula, saya tidak ada ramai kawan untuk berborak dan berkongsi cerita. Malah, kami juga ada beberapa komitmen kerja untuk dipromosikan bersama. Jadi sudah tentu kami masih berkawan macam biasa,” ujarnya lagi.

SGMS Enal