Hiburan By: SGMS Faida January 9, 2019 @ 10:14pm

Azlan Typewriter Optimis Bawa Produk Minuman Ke Peringkat Antarabangsa

Penyanyi Lan Typewriter mengorak langkah dalam bidang perniagaan minuman tenaga, Turbo 3.

Lan atau nama sebenarnya Norazlan Rosle yang bekerjasama dengan tiga lagi rakan kongsi berhasrat membawa jenama ini menembusi pasaran luar negara.

“ Kami juga bekerjasama dengan pihak Tourism Malaysia dalam usaha membawa jenama Turbo 3 ke beberapa buah negara berpotensi seperti German, China, India dan Bangladesh.

“ Pihak kami juga telah berbincang dengan wakil pengedar dari sana dan jika diizinkanNYA, InshaAllah Turbo 3 bakal melebarkan sayap ke sana,” katanya ketika ditemui di sidang media pelancaran Turbo 3 di WOW, Kuala Lumpur.

Menurut salah seorang pengasas Turbo 3, Mohd Nazrul Shah, minuman energi ini turut mensasarkan penjualan mencecah jutaan Ringgit bagi setiap lokasi.

“ Kami meletakkan sasaran jualan sebanyak RM1 juta bagi setiap negeri dan juga negara. Angka ini sasaran bagi jualan setiap bulan,” katanya optimis.

Turbo 3 merupakan minuman bertenaga yang dicipta khas untuk menyokong pembentukan tenaga dalaman individu dengan segera.

Ia juga merupakan 100 peratus produk keluaran tempatan yang dijamin halal dan bersih.

Dijual pada harga RM 3.50 setin bagi 320 ml, Turbo 3 keluaran Maxfinity Venture Sdn Bhd ini bakal memberi saingan sihat di dalam industri minuman tempatan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 8 May 2023
Hiburan Tue, 7 Jan 2020

Ain Edruce Tidak Percaya Ramai Senasib Apabila Pertaruhkan ‘Overthink’

Memang perempuan je ke yang selalu ‘overthink’???

TECH Thu, 1 Feb 2018

GET YOUR LAST-MINUTE CNY SHOPPING DONE AT CJ WOW SHOP

Chinese New Year is just around corner and there’s lots more to buy before the holidays come around. Do some last-minute shopping on CJ WOW Shop from the comfort of your own home.

Hiburan Tue, 12 Jun 2018

Sufian Suhaimi Mengimbau Memori Manis

Tahun ini, saya tak lupa menyediakan persalinan untuk keluarga namun persiapan semuanya serba sederhana.

Featured Mon, 19 Dec 2022