Hiburan By: Khairil Khusyairi December 13, 2023 @ 12:38pm

Babak Tak Senonoh Dalam Drama, Pensyarah Ini Beri Teguran – “Jangan Normalisasikan Dosa Berzina”

Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Dr Ahmad Sanusi Azmi tampil memberi peringatan kepada penggiat seni agar tidak menormalisasikan sebarang bentuk zina dalam sesebuah karya.

Menerusi tulisan di Facebook, Dr Sanusi akui bimbang apabila dosa berzina dalam berkarya itu menjadi tontonan umum kepada masyarakat.

“Jangan normalisasikan dosa berzina.

“Adalah menjadi satu kebimbangan apabila unsur perbuatan terkutuk yang dilarang oleh Allah dijadikan lakonan bagi sebuah drama yang menjadi tontonan masyarakat.

“Lebih menyedihkan, lakonan sebegini melibatkan warga Muslim sendiri sedangkan Allah secara jelas mengutuk perlakuan ini. Kempen menjauhi zina ini sangat tegas di dalam al-Quran. Allah memerintahkan kita menjauhinya,” tulisnya.

Dalam pada itu, Dr Ahmad Sanusi juga mempersoalkan mengapa perlu melakonkan babak sebegitu sedangkan ia jelas satu perbuatan yang buruk.

“Andai sekiranya Allah menyifatkan perbuatan terkutuk ini sebagai perbuatan yang keji dan buruk, maka mengapa perlu kita melakonkan perbuatan tersebut yang secara tidak langsung menjadi medium promosi dan normalisasi perlakuan mungkar.

“Bukan sekadar dikeji oleh Allah, kempen menjauhi zina ini diperkasa melalui bimbingan Rasulullah. Rasulullah mendidik sahabat supaya menjauhi segala perlakuan yang boleh membawa kepada zina.

“Bahkan Rasulullah menegaskan bahawa fenomena zina akan membawa kepada kebinasaan,” coretnya.

Dalam masa sama, Dr Ahmad Sanusi turut berpesan agar tidak mengguna pakai elemen terkutuk tersebut demi mempromosikan karya.

“Jangan semata-mata kerana ingin melariskan produk kita, elemen keji dimasukkan sehingga ia menjadi normal dalam kalangan masyarakat. Jauhi zina.

“Semoga Allah membimbing kita,” tutupnya.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila tular sepotong rakaman video yang memaparkan babak ghairah dalam sebuah drama yang dilakonkan pelakon Amir Ahnaf.

Babak tersebut memaparkan seorang wanita tiba-tiba muncul di bawah meja Amir seolah-olah telah berlaku satu perbuatan yang terkutuk.

Ditambah pula skrip yang dilontarkan pelakon wanita tersebut yang jelas menunjukkan ia satu perbuatan buruk.

“Wow! Awak lelaki pertama yang boleh kekal tenang apabila saya buat ‘kerja’,” kata wanita itu dan Amir seterusnya bangun dari kerusi sebelum membetulkan seluar dengan wajah yang ‘puas’.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Wed, 11 Jan 2023

Buat Persiapan Awal Untuk Anak-Anak, Puteri Sarah Khuatir Meninggal Di Usia Muda

Pelakon Puteri Sarah Liyana mendedahkan sudah membuat segala persiapan jangka masa panjang buat anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah untuk meneruskan kelangsungan hidup. @mr.rullano Bagusnya Puteri Sarah buat planning untuk anak2 die. Bersedia in any situation. […]

Trending Sat, 17 Oct 2020

Menang Anugerah Asian Academy, Ejen Ali The Movie & Alif Sofia Cipta Sejarah

Siri animasi popular, Ejen Ali The Movie dan Alif & Sofia berjaya mengharumkan nama Malaysia dengan merangkul kemenangan pada Asian Academy Creative Awards 2020, semalam Ejen Ali the Movie berjaya memenangi kategori Arahan Terbaik (Fiksyen) menerusi […]

Hiburan Mon, 1 Oct 2018

Cantik Sangat Ke Daiyan Trisha Sampai Buat Netizen Nangis?

Cantikkknya, sampai tak bekelip mata okay!

Hiburan Wed, 7 Aug 2019

Dari 128 Kg Ke 91 Kg…Rahim Sepahtu Masih Belum Puas Hati!

Berat badan Rahim pernah mencecah sehingga 128 kilogram.

Trending Tue, 2 Nov 2021

Mengaku Buat Kesilapan, Ismail Izzani Putus Cinta Dengan Shalma Eliana… Buang Cincin Berlian Dalam Sungai

Hubungan cinta antara penyanyi Ismail Izzani, 21, dan Shalma Eliana, 21, kini sudah berakhir. Mendedahkan perkara ini dalam sebuah temu ramah bersama Melodi TV3 Ahad lalu, Ismail berkata kini dirinya dan penyanyi yang mesra dengan […]

Trending Thu, 27 Aug 2020

Tidak Perlu Catat Dan Simpan Suhu Badan

Ingat, jangan malas patuh SOP!