“Bagi Dia Masa 24 Jam Mamu…”- Nama Kena Petik Gara-Gara Isu Caprice, Sharnaaz Ahmad Tampil Beri Respons

Pelakon popular, Sharnaaz Ahmad sekali lagi terpalit dengan isu kontroversi, apabila ada individu cuba mengaitkan namanya dan beberapa selebriti lain membabitkan isu panas penyanyi rap, Caprice baru-baru ini.

Menerusi ciapan yang dimuat naik Sharnaaz di Twitter miliknya, dia bagaimanapun tidak melenting dengan ‘gurauan’ individu terbabit walaupun ada segelintir warganet yang cuba melaga-lagakan kenyataan yang ditinggalkan Sharnaaz.

Terdahulu, individu yang dikenali sebagai @nohakhalil membuat hantaran di Twitter miliknya dengan melabel artis seperti Caprice, Sharnaaz Ahmad dan Azwan Ali masih belum bertemu buku dengan ruas.

Pengguna Twitter itu mendakwa barisan selebriti terbabit antara yang paling lantang bersuara dalam memberikan respons terhadap beberapa isu panas yang berlaku di Malaysia.

Terdahulu, Sharnaaz pernah menegur tindakan Caprice gara-gara mahu menjadi ‘hero’ dalam kes membabitkan pendakwah selebriti yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap wanita sekitar Julai tahun lalu.

Salma Syahbuddin