Bakal Bawakan Irama Keroncong, Han Byul Cuba Kelainan Dalam Nyanyian

Penyanyi kelahiran Korea Selatan, Han Byul, bakal menghiburkan peminatnya dengan menyanyikan lagu irama keroncong di Konsert Apresiasi Irama Keroncong, Ogos ini.

Menurut Han Byul, dia terharu kerana dapat bekerjasama dalam menjayakan konsert ini walaupun menghadapi beberapa cabaran untuk mempelajari irama keroncong .

“I feel very honored walaupun ia merupakan cabaran buat saya, tetapi saya akan cuba yang terbaik. Ini merupakan sesuatu yang saya belum cuba, jadi saya rasa boleh jadikan peluang untuk saya mencuba sesuatu perkara yang baru,” jelasnya.

Han Byul ditemui di Majlis Pelancaran Konsert Apresiasi Irama Keroncong di Istana Budaya, baru-baru ini.

Mengulas lanjut tentang cabaran yang bakal dihadapi oleh Han Byul sebelum konsert berlangsung, dia berusaha agar dapat mengatasi perasaan gemuruh serta mengelak untuk pelat ketika membawakan lagu keroncong demi menjayakan konset itu nanti.

“Saya mengambil masa selama dua bulan mempelajari irama keroncong hanya untuk satu lagu.

“Saya juga akan berlatih lebih lagi supaya boleh berbunyi seperti orang Melayu,” jelasnya lagi.

Apa yang lebih menarik lagi, Han Byul bakal membawakan lagu Winter Sonata tetapi di dalam versi Korea dan juga Bahasa Melayu dalam irama keroncong.

Konsert Apresiasi Irama Keroncong Malaysia dijadualkan berlangsung di Istana Budaya pada 5 dan 6 Ogos 2023 dan bakal disertai oleh Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Yusni Hamid, Datuk Awie, Datin Alyah dan ramai lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Konsert Apresiasi Irama Keroncong Bakal Gemakan Istana Budaya

Izzi Farhana