Drama Perempuan Itu Mula Tarik Hati Ramai! Tapi Netizen Mengadu Tak Dengar Suara Zul Ariffin.. – “Gigih Naikkan Volume”

Drama bersiri Perempuan Itu yang dilakonkan oleh Mimi Lana, Siti Hariesa, Zul Ariffin dan ramai lagi mula mencuri perhatian peminat.

Ramai yang tertarik dengan jalan cerita yang menarik serta meluahkan rasa geram menonton naskhah yang bersiaran di Tonton ini.

Zul Ariffin selaku pelakon drama terbabit turut meraih perhatian dalam kalangan netizen kerana lontaran vokalnya dalam drama tersebut.

Meninjau reaksi peminat yang menonton naskhah terbabit di Twitter, mereka meluahkan rasa tidak puas hati dengan lontaran dialog Zul yang samar-samar.

Malah, ada juga yang mengatakan mereka terpaksa meninggikan ‘volume’ semasa menonton drama berkenaan supaya dapat mendengar dengan lebih jelas.

“Aku rasa nak lemp*ng Zul Ariffin nak suruh dia cakap kuat sikit!

“Gigih naikkan volume phone ingatkan sound yang slow. Rupanya memang Zul Ariffin yang cakap slow hahaha adui

“Geramlah tengok Perempuan Itu. Aku tak dengar apa Zul Ariffin cakap slow betul. Aku ni dah lah pekak,” ciap netizen.

Saksikan siri Tonton Eksklusif ini dengan di Tonton! Muat turun aplikasi Tonton atau layari tonton.com.my

Nurul Hana