Bakal Berkahwin, Ubai MZ Minta Shila Lebih Tenang – “Kita Akan Lalui Proses Ikut Adat”

Selepas tular video dan foto miliknya sedang mengambil cincin bersama kekasih hati yang juga penyanyi, Shila Amzah baru-baru ini, pempengaruh media sosial Ubai MZ mengesahkan dia kini lebih serius membawa hubungannya itu ke fasa seterusnya.

Menurut Ubai atau nama sebenarnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, perancangan ke arah itu sudah ada namun tarikh dan masanya masih dalam perancangan keluarga dan segalanya haruslah mengikut adat yang ditetapkan.

“Bila dah beli maksudnya lebih serius, Insya-Allah cincin itu sebagai tanda.

“Kita akan mengikut adat dan pasal tarikh kami masih belum tahu lagi kerana segalanya masih dalam perbincangan antara keluarga,” katanya.

Sebelum ini, Ubai pernah memaklumkan, dia kini lebih fokus untuk menjaga ibunya yang sedang sakit berbanding melayan segala gosip dan tuduhan liar mengaitkan dirinya dan Shila.

 

Bagaimanapun, ketika ditanya mengenai keadaan Shila berdepan konflik keluarga sehingga menyebabkan dia mengalami trauma, Ubai menjelaskan, dia akan sentiasa menasihati dan meminta kekasihnya itu untuk lebih bertenang.

Pada masa sama, enggan memberikan komen lanjut mengenai hal peribadi melibatkan penyanyi itu dan keluarganya seperti yang tular di media sosial sejak kebelakangan ini.

“Apa yang berlaku bukan tentang keluarga saya, jadi saya kurang ambil tahu. Kalau Shila beritahu baru saya akan dengar begitu juga sebaliknya.

“Tapi selalunya kalau dia stress mengenai hal kerja dan keluarga, saya akan menasihatinya untuk lebih bertenang lagipun dia kalau stress saya boleh nampak, nanti dia akan bercerita kepada saya jika sudah bersedia,” jelasnya.

Terdahulu, timbul desas-desus mengatakan Ubai dan Shila kini bersekedudukan dek kerana kekerapannya berkunjung ke rumah penyanyi itu, namun dakwaan tersebut ditepis ubai apabila menjelaskan dia berkunjung ke rumah Shila hanya untuk berbuka dan moreh bersama rakan-rakan memandangkan penyanyi itu duduk berseorangan.

ARTIKEL BERKAITAN:Nafi Bersekedudukan Dengan Shila Amzah, Ubai Lali Kerap Ditanya Soalan Sama

ARTIKEL BERKAITAN:“I Said Yes” – Pergi Ambil Cincin, Shila Amzah Terima Lamaran Ubai Jadi Isteri?

ARTIKEL BERKAITAN:Shila Amzah Pegang Tangan Ubai Di Genting Highlands, Netizen Luah Rasa Terkejut

 

Sumber: mStar

Salma Syahbuddin