Bawa Muzik Kontemporari, Juicy Luicy Bakal Gegarkan Peminat Di Malaysia

Kumpulan penyanyi yang berasal dari negara seberang, Juicy Luicy bakal membuat konsert solo pertama mereka di Kuala Lumpur.

Kumpulan tersebut merupakan kumpulan yang yang tampil dengan muzik popular kontemporari dan membawakan konsep jazz serta bernuansakan elektik untuk memberikan karakter pada persembahan mereka.

Vokalis Juicy Luicy, Julian Kaisar, mengatakan bahawa ini merupakan konsert solo pertama mereka di Kuala lumpur dan mereka sedang membuat persiapan konsert di Kuala Lumpur.

“Kalau bukan berkat kamu semua, tidak mungkin kami akan membuat persembahan di sini. Tentunya ini sangat membahagiakan bagi kami dimana salah salah satu tujuan Juicy Luicy adalah bisa bermain di luar negeri dan itu akhirnya bisa terwujud.

Kami pasti akan lebih bersemangat untuk terus berkarya dan menghibur fans di Malaysia” jelas Julian.

Senarai lagu yang akan dimainkan ketika konsert berlangsung ialah Jangan tergesa, lantas, tampar, Mawar Jingga, Terlalu tinggi dan lain lain lagu hits lagi.

Mereka juga mengalu-alukan agar peminat meninggalkan lagu yang ingin mereka nyanyikan ketika konsert nanti menerusi akaun Instagram @miebirdprojects.

Konsert tersebut akan diadakan pada 25 Jun 2023, Ahad, jam 8.30 malam di Zepp KL.

Izzi Farhana