Featured By: Salma Syahbuddin March 29, 2024 @ 11:49am

“Bayaran RM150 Tidak Masuk Akal” – Rahim Razali Sedih, Pelakon Berpengalaman Ditawar Bayaran Rendah

Pelakon Datuk Rahim Razali terkejut apabila dimaklumkan bahawa rakan seangkatannya iaitu pelakon, Hamidah Wahab pernah ditawarkan bayaran sebanyak RM150 bagi menjalani empat hari penggambaran.

Katanya ketika ditemui XTRA, pelakon yang mempunyai pengalaman hampir 10 tahun dalam industri tidak sepatutnya diberikan tawaran harga serendah itu memandangkan dia mempunyai pengalaman berlakon yang luas dan komitmen kerja yang baik.

“Bila sebut soal tawaran boleh katakan saya juga sudah jarang mendapat tawaran berlakon, adalah sikit-sikit cuma tidaklah sampai mendapat tawaran serendah itu.

“Bila saya dengar perkara ini, tak akanlah pelakon berpengalaman dan begitu bagus seperti Hamidah ditawar dengan harga serendah itu?

“Saya sangat terkejut jika benar dia ditawarkan serendah itu,” katanya.

Dalam pada itu, Rahim atau nama penuhnya,  Abdul Rahim Haji Mohd Razali menegaskan,  adalah tidak masuk akal untuk mana-mana pihak produksi menawarkan harga sedemikian kerana lebih lama seseorang pelakon itu berada dalam industri, maka nilai mereka lebih berharga.

“Sekiranya mereka (pihak produksi) mahu mendapatkan khidmat lakonan pelakon berpengalaman dan berbakat besar bererti pelakon-pelakon ini sangat berharga.

“Kenapa tawar harga rendah sebegitu? Adakah sebab kami dah tua?

“Pada saya, lebih lama seseorang pelakon itu berada dalam industri ini, lebih berharga nilai mereka.

“Tapi kalau anda tidak mahu menawarkan harga yang tinggi, janganlah pula anda rendahkan harga bayaran mereka begitu sahaja. Itu sama sekali tak kena dan salah,” jelasnya.

Sekadar info, selaim Hamidah Wahab, Wan Maimunah dan Fauziah Nawi juga antara pelakon yang pernah ditawarkan bayaran rendah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 3 Aug 2018

Edry Cungkil Bakat Baru Di Manchester

Peranan KRU Entertainment United Kingdom Limited sebagai ejen promosi yang bakal membawa artis Asia serta antarabangsa mengadakan persembahan di dalam dan luar negara.

Featured Thu, 26 Jan 2023

Isteri Hamil 5 Bulan, Syafiq Farhain Berdebar Bakal Timang Anak Pertama

Alhamdulillah, tahniah Syafiq dan isteri 🥰❤️

Hiburan Mon, 6 Jan 2020
Hiburan Wed, 16 Aug 2023
Featured Tue, 7 Nov 2023
Featured Tue, 31 Jul 2018

Review: Sediakan Tisu Sebelum Menonton Filem Pulang!

Filem ini betul-betul main dengan emosi anda!