Featured By: Khairil Khusyairi March 27, 2023 @ 4:52pm

Bella Dally Minta Jangan Tanya Soal Anak – “Kadang-Kadang Ia Stress Sebab…”

“Lakonan pun saya agak selektif, saya tengok pada watak dan cerita. Itu adalah kehendak saya.

Demikian kata-kata pelakon, Bella Dally apabila mengulas mengenai perkembangan terkini mengenai karier lakonannya.

Menurut Bella atau nama lengkapnya Nabilah Ali Dally menerusi temu bual program hiburan popular TV3, Melodi, dia masih aktif berlakon dan lebih mengutamakan tawaran yang menarik minatnya.

“Saya dah 14 tahun dalam industri, saya lebih utamakan kerja sebagai duta dan mencipta kandungan (content creating). Saya enjoy sebab saya ada kebebasan.

“Sudah tentu saya masih enjoy berlakon, saya suka berlakon tapi tengok pada watak juga. Bila baca skrip dan ia merangsangkan saya akan ambil tawaran itu. Saya akan berlakon bila watak itu menarik,” katanya.

Mencecah empat tahun mendirikan rumah tangga, Bella sering diasak mengenai soal zuriat dan menyifatkan soalan tersebut sangat sensitif baginya.

“Bagi saya soalan ini sentiasa ada kepada saya, saya mahu didik semua orang untuk tidak bertanya mengenai soalan begini.

“Soalan ini agak peribadi, anda tidak tahu jika seorang itu sendiri mungkin belum bersedia untuk dapatkan anak ataupun seseorang itu susah nak mengandungkan bayi, dan bila soalan ini ditanya ia akan buat seseorang tak gembira.

“Saya rasa rezeki itu semuanya datang dari Allah,” jelasnya.

Pelakon drama Adellea Sofea ini sentiasa berfikiran positif dan percaya dengan rezeki yang telah diatur Allah SWT dalam hidupnya.

“Kadang-kadang ia stress kerana ia sangat peribadi, bukan untuk saya sahaja tapi juga kenalan saya. Tak perlu tanya, tapi saya okey sahaja.

“Suami saya sangat memahami, dia yang terbaik, kami sama-sama sibuk bekerja tapi kami enjoy apa yang kami ada sekarang, kami raikan satu sama lain, kalau ada rezeki (anak) nanti, Alhamdulillah,” tutupnya.

Untuk rekod, Bella mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Arif Izuddin pada Mac 2019.

Bella juga pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Nazim Othman pada 10 September 2016, namun berpisah pada 2 Mei 2018.

Sumber: Melodi TV3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 23 May 2018

Kawan-Kawan Jadi Penguat Semangat – Hael Husaini

Bagi penyanyi lagu yang popular menerusi lagu Jampi ini, beliau tidak akan melupakan rakan-rakannya yang sentiasa berada di samping beliau sepanjang perjalanan karier beliau selama 10 tahun sebagi anak seni

Hiburan Wed, 5 Jun 2019

Sufi Rashid Teruja Tahun ini Tidak Bujang

Sufi Rashid berasa teruja kerana tahun ini merupakan tahun terakhir beraya berstatus bujang.

Hiburan Sat, 30 Dec 2017

Nora Danish Sukar Melahirkan Anak Secara Normal?

Bayi ini besar berbanding anak pertama dulu jadi …

Featured Mon, 4 Apr 2022
Featured Tue, 27 Apr 2021

Tutup Bazar, Pendekkan Waktu Operasi Jika Langgar SOP

Sejak akhir akhir ini, tular di media sosial beberapa foto menunjukkan ketidakpatuhan SOP yang berlaku di beberapa bazaar Ramadan seperti di Jalan Tengku Abdul Rahman (TAR) , justeru kerajaan mungkin terpaksa mengambil tindakan menutup sementara […]