Siti Nurhaliza Rupanya Mahir Bersilat?

Perkongsian di Instagram penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin nampaknya menarik minat netizen sekali lagi.

Kali ini, beliau berkongsi gambar kononnya sedang ‘bersilat’ dengan suami tersayang, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K di tepi pantai. Alahai, comel je kan?

“Dalam rumahtangga pasti ada tak sependapat tapi akhirnya pasti ada penyelesaian…

“Saja ja kita dok asah langkah silat…silat suami isteri katanya…

“Sekeras mana suami pasti dapat di lenturkan dengan kelembutan si isteri…betul kan?” tulis penyanyi tersohor itu sebagai kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut Siti setuju dengan coretan penyanyi tersohor itu dan suka melihat gelagat mereka suami isteri serta turut mendoakan kebahagian mereka hingga ke Jannah.

Pasangan romantis ini juga gemar melakukan aktiviti bersama-sama dan kini kian aktif dalam sukan berbasikal. 

Untuk rekod, Siti dan Datuk K mendirikan rumahtangga pada 21 Ogos 2006 dan mereka menimang cahaya mata yang dinamakan Siti Aafiyah pada 19 Mac 2018, iaitu selepas 11 tahun melayari bahtera perkahwinan.

Kredit Foto: Instagram @ctdk

Del14