Hiburan By: Maya Basir September 12, 2023 @ 11:14am

Bergelek Sakan Di Atas Pentas, Baby Shima Rasa Perkara Biasa & Tidak Melampau – “Saya Tengok Semua Terhibur…”

Penyanyi Baby Shima mengundang kecaman netizen semasa membuat persembahan aksi gelek di Konsert Hausboom Music yang berlangsung baru-baru ini.

Memetik laporan Gempak, Shima menganggap aksinya itu tidak keterlaluan malah gembira melihat penonton hadir dan terhibur dengan persembahannya.

“Saya rasa gelekan saya itu tidaklah melampau dan biasa saja. Lagipun, penonton yang hadir pun terhibur dengan persembahan saya.

“Kalau tengok video yang saya kongsikan di Instagram saya pun, semua penonton terhibur. Tak ada pula yang rasa tak puas hati.

“Mungkin yang kecam tu kena datang tengok persembahan saya, baru mereka tahu gelekan itu biasa saja untuk nyanyian,” jelasnya.

Sementara itu, dia menyedari apa sahaja yang dilakukan pasti tidak kena di mata netizen.

“Ikutkan saya buat apa saja pun, mesti ada yang rasa tak puas hati. Sebelum ini, saya buat persembahan secara berdiri tegak pun kena kecam, saya pakai baju sopan pun kena kecam.

“Tapi nak buat macam mana, mulut netizen ni kita tak boleh nak tutup,” ujarnya.

Terdahulu, aksi Shima bergelek bersama beberapa penari dengan pemakaian baju ketat disifatkan tidak sopan dan memintanya agar segera bertaubat.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Pakai Baju Ketat & Bergelek Sakan Di Pentas, Aksi Baby Shima Buat Netizen Mual – “Malunya Tengok”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 23 Oct 2018

Seram Beb! SANTET: Black Magic Bukan Hiburan Semata-Mata

Bukan sekadar hiburan semata, Santet membawa banyak pengajaran di mana ia merupakan kisah benar yang pernah berlaku di alam nyata.

Events Tue, 15 Jan 2019

Hangatkan Prelude AJL33 Di KL Live!

AJL33 lebih hangat dari biasa!

Trending Tue, 4 Aug 2020

Rebut Peluang Menangi Realme Dengan Cara Ini…

Menang pelbagai hadiah menarik!

Hiburan Mon, 20 Nov 2017

恭喜!玛格罗比怀孕了

玛格罗比(Margot Robbie)在《Suicide Squad》中饰演「小丑女」爆红,随即在2016年底宣布和汤姆艾克力(Tom Ackerley)结婚,原本以为她可能打算就此隐归家庭生活,但她不想错失多个争相邀约演出的好机会,因此生育计画也因此延后,为了未来宝宝也特地冻卵,没想到就在20日时爆出她已经怀孕3个月了!

Hiburan Thu, 2 Nov 2023
Featured Sat, 16 Jul 2022

[VIDEO] “Terima Kasih Jual Inai Murah..” – Netizen Dakwa Komen Nur Fazura Perli Seseorang, Che Ta Tampil Bersuara!

Alamak apa kes ni? Fazura perli siapa? Kesian Faz teruk dikecam 🥲 Niat dia baik, tapi ramai yang salah sangka 😢 Apapun, Che Ta memang sempoi 🫰🏻

Featured Wed, 30 Nov 2022

Susulan Kes Dadah, Farid Kamil Didenda RM5,000 & Terlepas Hukuman Penjara 9 Bulan

Saya gembira kerana kes ini telah selesai di peringkat rayuan – Farid Kamil

Hiburan Wed, 2 Jan 2019

Kayda Aziz Akui Sukar Ulangi Kehebatan Ibu

Kadang-kadang usaha tu penting untuk berjaya okay!