Berhenti Berlakon Sampai Bersalin, Elfira Loy Kini Berjaga-jaga

 

Pelakon Elfira Loy mendedahkan dia kini hamil anak pertama dan teruja bakal bergelar ibu tidak lama lagi.

Kata pelakon berusia 25 tahun ini, pada awalnya dia segan untuk mengumumkan di media sosial memandangkan kandungan masih di peringkat awal.

“ Saya mendapat tahu sedang hamil ketika menjalani penggambaran sebuah telemovie. Sebagai wanita, sudah tentu saya amat gembira dengan berita ini.

“ Saya anggap ia sebagai satu rahmat apabila dikurniakan rezeki mengandung walaupun baru empat bulan berkahwin. Syukur Alhamdulillah,” katanya ketika ditemui di sidang media majlis pelancaran busana Elfira Loy X Mc Vogue, semalam.

Ketika ditanya mengenai pengalaman hamil buat masa ini, Elfira Loy memaklumkan tidak mengidam sebarang makanan pelik.

“ Berat badan memang naik tetapi saya makan macam biasa. Tidak pula rasa nak makan makanan yang jarang diambil.

“ Saya akan jaga kandungan ini sebaik mungkin dengan tidak menerima sebarang tawaran berlakon sehingga selepas bersalin,” akhirinya.

Dalam masa sama, Elfira memberitahu dia dan suami tidak kisah dengan jantina bayi yang bakal lahir asalkan berada dalam keadaan sihat walafiat.

Terdahulu, Elfira dan Faris telah mengikat tali pertunangan pada 2 September 2018 selepas menjalinkan hubungan cinta selama beberapa bulan seterusnya berkahwin pada 1 Januari 2019.

SGMS Fas