‘Berserah’ Kolaborasi Pertama Zizan Razak Dan Ismail Izzani

Sekali lagi pelakon, penyanyi dan pelawak Zizan Razak tampil dengan lagu terbaharu beliau berjudul Berserah bersama seorang lagi artis muda yang tidak kurang hebatnya, Ismail Izzani.

Lagu hasil ciptaan komposer dan penyanyi rap hebat Alif dan liriknya ditulis oleh Ariz ini adalah kolaborasi pertama Zizan bersama penyanyi yang popular menerusi lagu Bidadari ini. Lagu yang sarat dengan mesej positif ini secara tidak langsung diharap dapat mengajak peminat mahupun netizen untuk berbuat baik.

Lagu Berserah ini juga sudah mula berada dikedudukan nombor 10 trending di Youtube dengan 546,790 juta tontonan selepas lima hari dimuat naik di platform tersebut.

 

Salma Syahbuddin