“Bila-Bila Masa Saya Boleh Jadi Gila” – Hidap Bipolar Serius, Yasin Sulaiman Merayu Diberi Peluang Untuk…

Penyanyi nasyid dan komposer lagu, Yasin Sulaiman, 47, yang dihadapkan di Mahkamah Majistret pada Khamis  merayu agar diberikan peluang untuk mendapatkan rawatan.

Ia susulan penyakit bipolar yang serius yang dihidapinya sejak 2009 lagi.

Menurut peguamnya, Yusmadi Yusoff menjelaskan, walaupun anak guamnya itu telah mendapatkan rawatan namun, kali terkahir adalah pada dua bulan lalu dan memerlukan rawatan susulan.

“Saya sudah meminta pegawai penyiasat dan mahkamah untuk membawa dia mendapatkan rawatan segera. Hak rawatan dia perlu dipastikan.

“Tambahan pula dengan keadaan sekarang, dia tidak biasa dimasukkan ke dalam lokap,” katanya.

Sementara itu, ketika prosiding berlangsung Yasin dilaporkan merayu agar diberikan peluang untuk mendapatkan rawatan kerana keadaan kesihatannya yang semakin merosot.

“Kesihatan saya sangat terjejas. Saya khuatir bila-bila masa boleh jadi gila seperti berlaku tiga kali sebelum ini. Jadi saya perlukan ubat,” jelasnya.

Difahamkan, ketika perbicaraan abang Yasin, Zain Sulaiman, 50, dan anggota kumpulan Brothers, Akbar turut hadir bagi memberikan sokongan kepada pelantin lagu Mimpi Laila itu.

Terdahulu, Yasin dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan memiliki dadah ketika serbuan dilakukan di kediamannya di Kota Damansara pada 25 Mac lalu.

Salma Syahbuddin