Bila Dah Pulih, Fendy Kongsi Cerita Ya!

Berita pelakon Fendy Bakry diserang sakit misteri mula tular sejak beberapa bulan lalu. Pelbagai versi yang didengari namun pelakon berusia 30 tahun itu meminta netizen di luar sana tidak mempercayai berita tidak sahih yang mengaitkan dirinya.

Kata Fendy, dia akan berkongsi cerita sebenarnya sebaik sahaja keadaan kesihatannya kembali pulih sepenuhnya.

“Jangan duk dengar berita dari mana-mana. Hangpa pun tak tahu berita yang keluar itu kadang betul, kadang salah.

“Tapi tak apa, esok-esok abang dah betul-betul sihat, abang cerita kat hangpa apa yang terjadi.

“Sekarang ini pun abang hanya memerlukan rawatan macam itu sahaja. Bukan untuk dilawat,” katanya menerusi laman Instastory beliau.

Pelakon Fendy Bakry yang dikatakan mengalami penyakit misteri menjelaskan dia kini dalam keadaan sihat dan bukanlah sakit teruk seperti yang dihebohkan selama ini.

Fendy, 30, berharap peminatnya dapat mendoakan yang baik-baik supaya dia boleh kembali sihat.

“Assalammulaikum kesayangan abang. Untuk makluman semua abang sihat saja kat sini. Sakit pun cuma sikit saja.

“Tak ada la sampai teruk sangat macam yang hangpa (kamu) tengok tu. Ironman pun boleh sakit, takkan la abang yang macam ni tak boleh sakit.

“Cuma sekarang, mendoakan saja la yang baik-baik untuk abang. Insya-Allah abang okey,” tulis Fendy.

Fendy menjelaskan keadaannya sekarang menerusi laman Instastory dan turut memuat naik foto terbaharunya.

Fendy sebelum ini dilaporkan menjalani rawatan susulan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar iaitu pada Isnin lalu.

 

SGMS Faida